Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Kylie Jenner dan Travis Scott Sudah Berpisah?

by Zaidin Albert
October 2, 2019
Share on Facebook

Kylie Jenner dan Travis Scott dikhabarkan sudah berpisah? Kononnya pasangan yang dikurniakan dengan seorang anak ini memilih untuk hidup secara sendiri.

Berita ini diterima melalui laman hiburan TMZ, di mana Kylie Jenner dan Travis Scott terakhir dilihat bersama semasa dokumentari “Look Mom, I Can Fly” dirilis di Santa Monica pada 27 Ogos. Sejak itu, Kylie dan Travis tidak lagi dilihat bersama.

Kredit Foto: TMZ

Menurut sumber, Kylie Jenner dan Travis Scott cuba memulihkan hubungan mereka tetapi tidak menemui solusi dan mereka bersetuju untuk berpisah untuk seketika.

Seperti yang diketahui, Kylie Jenner juga tidak lagi memuat naik foto dengan Travis Scott. Kali terakhir adik kepada Kim Kardashian itu memuat naik gambar dengan Travis pada 10 September untuk majalah Playboy.

Kylie Jenner juga hanya datang bersama anak perempuannya, Stormi semasa menghadiri majlis perkahwinan Justin Bieber dan Hailey Bieber, hujung minggu lalu.

https://www.instagram.com/p/B3FCf7eHzDy/

Sedangkan pada bulan Julai lalu, Kylie Jenner dan Travis Scott mengembara dengan menaik sebuah kapal mewah bersama keluarga.

Hubungan istimewa Kylie Jenner dan Travis Scott mula dihidu oleh media selepas mereka menghadiri acara muzik Coachella bersama-sama pada April 2017. Kylie kemudian hamil beberapa bulan kemudian dan pada Februari 2018 melahirkan Stormi.

Namun isu berpisah bukan kali pertama berlaku dalam hubungan Kylie Jenner dan Travis Scott.

Error happened.
https://lomp.at/tr5dy
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara