Bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2026, LAC Malaysia memperkenalkan LAC Community. Ianya satu inisiatif baharu yang menggalakkan orang ramai membina amalan sihat secara konsisten, berkongsi ilmu kesihatan dan mengamalkan gaya hidup lebih aktif.
Acara pelancaran yang berlangsung di PJ Collective menghimpunkan komuniti pengamal gaya hidup sihat dalam satu sesi yang dipenuhi aktiviti gaya hidup sihat.

Menerusi LAC Community, orang ramai berpeluang menyertai pelbagai aktiviti berpandukan pakar selain bertukar pengalaman dan inspirasi ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Pendekatan ini menggabungkan aktiviti fizikal, kesedaran nutrisi dan penerapan amalan gaya hidup sihat agar amalan sihat diteruskan dalam kehidupan harian.
Antara aktiviti yang diperkenalkan semasa pelancaran termasuk sesi latihan kekuatan, rope flow dan propulser speed training.

Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen LAC Malaysia dalam memperkasa masyarakat melalui perkongsian ilmu ke arah gaya hidup lebih sihat.
Pelbagai aktiviti komuniti bulanan akan dianjurkan, termasuk sesi latihan kekuatan, aktiviti pickleball serta aktiviti pergerakan lain yang mudah disertai.

LAC Malaysia akan membawakan kembali LAC FitVibes by LAC pada Jun 2026 dengan pengalaman komuniti yang lebih meriah dan interaktif. Edisi kali ini bakal menampilkan pelbagai sesi kecergasan, bengkel kesejahteraan serta aktiviti pemulihan.
Maklumat lanjut mengenai aktiviti akan datang termasuk LAC FitVibes 2.0 by LAC boleh mengikuti Instagram atau melayari www.lacworldwide.com/my.
Pendaftaran bagi kejohanan pickleball kini telah dibuka melalui laman pendaftaran rasmi.

