Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Lagu Baharu MonoloQue Sindir Golongan Elit? Ini Maksud Tersirat ‘Villa Marhaen’

by Aphit J.
August 30, 2025
Share on Facebook

MonoloQue kembali menyinari dunia muzik Malaysia dengan lagu baharu mereka berjudul Villa Marhaen (Mereka Vs Kami) — pembuka tirai kepada album ketiga mereka, Tunjuk Langit.

Menyentuh Jurang Sosial

Lagu ini bukan sekadar karya muzik biasa, tetapi sebuah alegori sosial yang menyentuh jurang antara golongan marhaen dan elit, disampaikan melalui gaya puisi dan simbolik yang sangat halus.

Diilhamkan daripada sajak Marhaenville oleh A. Samad Said, loQue — peneraju utama MonoloQue — mengolah semangat puisi tersebut menjadi lagu yang menyentuh jiwa.

Villa Marhaen tampil sebagai cermin masyarakat: indah di luar tetapi menyimpan retak-retak dalamannya.

Ia tidak menunjuk jari, sebaliknya membuka ruang untuk tafsiran bebas dan “Siapa makan cili, dia terasa pedas,” kata loQue.

Lebih Mudah Didekati

via OPR Network

Dari segi muzik, lagu ini lebih “lepas” dan bebas berbanding karya-karya MonoloQue sebelum ini.

Herda ‘Geroda’, pemain bass, menyifatkan komposisinya mencabar namun menarik. Bakri ‘Halia’, pemain dram, pula mengatakan lagu ini lebih berjiwa rakyat dengan rentak joget yang mudah diikut, menjadikannya sesuai untuk persembahan langsung.

Sentuhan eksperimental MonoloQue tetap ada, namun kali ini lebih mudah didekati.

Menariknya, lagu ini turut diserikan dengan suara latar kanak-kanak daripada Kumpulan Nasyid Farabi serta penggunaan dua dram, satu pendekatan yang jarang digunakan.

Gabungan bunyian berinspirasikan Timur Tengah memberi nuansa eksotik yang unik, sesuai dengan konsep dan judul “Marhaen” itu sendiri.

Kritikan Sosial Yang Lembut

via OPR Network

Loko, dram senior MonoloQue, menyifatkan lagu ini sebagai kritikan sosial yang lembut tapi mendalam.

Ia mempertahankan identiti MonoloQue walaupun tampil dengan pendekatan lebih langsung dan terus.

LoQue sendiri menggambarkan Villa Marhaen sebagai karya penuh sindiran dan kiasan — satu bentuk “musik kiasan rakyat”, bukan sekadar retorik.

Sebagai pembuka kepada album Tunjuk Langit, Villa Marhaen memberi petunjuk kepada arah baharu MonoloQue — sebuah perjalanan muzik yang bukan sahaja bereksperimen dengan bunyi, tetapi juga menyalurkan suara rakyat melalui simbol dan seni.

Lagu ini bukan untuk didengar semata-mata, tapi juga untuk direnung dan dicerna.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
MonoloQue
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara