Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Lakemba: Port Makan Halal & Masjid Tenang di Tengah Sydney, Australia

Dari Vivid ke Lakemba: Jejak Kaki ke Komuniti Muslim Paling Mesra di Sydney

by Phic ARMAN
June 16, 2025
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Waktu kami menerima jemputan daripada AirAsia X dan Destination New South Wales untuk menyertai Vivid Sydney 2025, kami sangat teruja. Siapa tak suka tengok bandar Sydney berkilau dengan cahaya seni yang luar biasa? Tapi dalam sibuk menikmati Vivid, kami tak lupa pada permintaan ramai pembaca Murai Malaysia.

Ramai yang tanya, “Kalau ke Sydney, mana tempat best untuk pelancong Muslim?”

Jadi… kami pun ambil peluang ini untuk singgah ke Lakemba, sebuah kawasan yang sering disebut-sebut dalam komuniti Muslim, tapi mungkin belum ramai yang tahu betapa menariknya ia bila dilihat sendiri, depan mata.

Bandar kecil di Lakemba

Lakemba: Campuran Budaya dan Aroma Makanan Halal

Sejujurnya, bila sampai di Lakemba, kami rasa seperti pulang ke satu komuniti yang kita kenal. Walaupun ini kali pertama menjejak kaki di sini. Kawasannya tenang tapi hidup. Di kiri kanan jalan, anda akan nampak kedai runcit halal, restoran Timur Tengah, manisan Bangladesh dan macam-macam lagi.

Sambil berjalan di Haldon Street, terasa macam sedang berada di persimpangan budaya ada pengaruh Lubnan, Bangladesh, Pakistan dan juga Indonesia. Paling best? Hampir semua makanan di sini halal dan mudah didapati. Tak perlu ragu-ragu atau cari-cari logo.

Masjid Lakemba: Simbol Tenang di Tengah Komuniti

Di tengah-tengah kawasan ini berdiri Masjid Ali Ben Abi Taleb, atau lebih dikenali sebagai Masjid Lakemba. Reka bentuknya tak terlalu gah dari luar, tapi dalamnya lapang dan tenang. Ada ruang solat wanita yang selesa, dengan karpet ungu yang tersusun rapi.

Topik Berkaitan Perjalanan KL-London Dengan AirAsia X Dijangka 16 Jam?

Kami tak buat sebarang janji temu, tapi bila masuk dengan sopan dan hormat, staf di masjid amat terbuka. Di sini, pelancong Muslim tak rasa asing. Malah, ramai wanita yang berpakaian sopan dan bertudung berkata mereka lebih selesa berada di Lakemba berbanding kawasan lain di Sydney.

Nak Datang Sini? Ini Cara Paling Mudah Sekarang

Sebelum ini, anda boleh naik tren T3 Bankstown Line terus ke Stesen Lakemba. Tapi sejak September 2024, laluan ini ditutup buat sementara untuk kerja naik taraf Metro.

Jangan risau  berikut antara cara paling mudah ke sini:

1. Naik Tren ke Sydenham, Sambung Bas Percuma

Naik tren dari Central Station ke Sydenham Station. Dari situ, ada bas percuma SW2 terus ke Haldon Street, Lakemba. Untuk pulang, ambil SW1 (juga percuma) Kedua-dua bas ambil masa sekitar 30 minit, dan sangat selesa untuk pelancong.

2. Memandu Sendiri atau Guna E-hailing
Kalau anda sewa kereta atau guna Uber dari bandar, perjalanan ke Lakemba ambil masa sekitar 25–30 minit. Tempat letak kereta muda, tapi waktu sibuk kena pandai cari.

Satu Persinggahan yang Wajib Kalau Anda Ke Sydney

Lakemba mungkin bukan kawasan glamor macam Bondi atau Darling Harbour, tapi untuk pelancong Muslim yang nak rasa ‘rumah’ di negara orang, ini antara tempat yang patut masuk dalam itinerari.

Topik Berkaitan Tony Fernandes Tetap Optimis, Sahkan AirAsia X Terbang Ke Bahrain Jun Ini

Kami di Murai Malaysia rasa bersyukur dapat jejak kaki ke sini, atas jemputan rasmi AirAsia X dan Destination New South Wales Tapi yang lebih penting, kami sempat tunaikan permintaan anda yang mahu tahu tempat halal dan mesra Muslim di Sydney.

Insya-Allah, kalau ada peluang lain, kami akan kembali. Tapi kali ini, harap anda pun ikut sama.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasia xMasjid Ali Ben Abi TalebMasjid LakembaTourism New South Wales
Share30Tweet19SendShare

KINI TRENDING

Foto - AirAsia MOVE
Destinasi

Penerbangan Ke Tokyo, Seoul & Shanghai Serendah RM77 Menerusi Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE

by Nurul A.
July 6, 2026

Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE kembali dari 6 hingga 10 Julai 2026 dengan pelbagai tawaran hebat bagi tempahan penerbangan, hotel,...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  3. 3

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  4. 4

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara