• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Lakonan Ainin Batrisya Dalam Muzik Video Angin Lalu, Undang Air Mata

by Phic ARMAN
May 23, 2019
Share on Facebook

Walaupun lembaran peribadinya dibuka dengan peristiwa sedih apabila kehilangan ayahanda tercinta Allahyarham Datuk Amdan Mat Din pada 9 Januari lalu, namun ujian yang melanda tidak pernah menghentikan langkah seni penyanyi dan komposer tersohor Aizat Amdan. Bagaikan hikmah disebalik ujian, tahun 2019 pastinya turut mencatat momen manis buat penyanyi yang mesra disapa sebagai Aizat ini.

Filem pendek ANGIN LALU

YouTube video

Penyanyi yang baru sahaja diberi penghormatan membuka tirai konsert penyanyi antarabangsa Jason Mraz tempohari, telah mendapat liputan meluas sejak karya terbaharunya “ANGIN LALU” dilancarkan pada 26 April lalu. Kebijaksanaannya memberikan terjemahan sinematik lagi dramatik menerusi filem pendek “ANGIN LALU” sememangnya suatu pendekaan yang unik yang jarang ditemui.

Filem pendek yang berjaya meruntun hati peminat itu, mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan apabila mencapai lebih 125 ribu tontonan di saluran Youtube Vlog Aizat setelah hampir dua minggu dilancarkan. Bagi meneruskan lagi momentum keberkesanan lagu “ANGIN LALU” dan menyemat lebih kemas lagu ini ke dalam jiwa peminat seni, hari ini mahakarya Aizat ini dilengkapi pula dengan video muzik rasminya.

Bukan sekadar video muzik biasa, begitulah yang boleh dikatakan mengenai video muzik rasmi “ANGIN LALU” ini. Sebagaimana filem pendek “ANGIN LALU”, video muzik rasmi “ANGIN LALU” ini turut mengangkat tema kehilangan akibat kematian sebagaimana yang dimaksudkan dalam lagu tersebut.

Lakonan Ainin Batrisya Dalam Muzik Video Angin Lalu, Undang Air Mata

Namun begitu, menerusi video muzik ini Aizat cuba menyajikan sisi penceritaan yang berbeza. Dalam video muzik ini, Aizat sekali lagi menggunakan khidmat pelakon cilik berbakat besar Ainin Batrisya sebagai penggerak utama plot penceritaannya.

View this post on Instagram

A post shared by Ainin IskandarZ (@ainin_iskandarz)

Ainin Batrisya bukanlah asing dalam dunia lakonan, dia pernah berlakon dalam filem Harmonika, Keep It Up Selamat Hari Jadi dan Soulmate Hingga Jannah. Ainin yang juga anak ketiga daripada empat beradik memiliki darah campuran Cina, Melayu, India, Arab dan Bugis.

Berlatarkan hitam putih, video muzik ini diberi struktur naratif yang mendukung idea asal lagu “ANGIN LALU” namun turut diberikan garapan simbolik yang memberikan terjemahan berbeza kepada lagu tersebut.

Video muzik yang bakal menemui penonton di saluran Youtube Vlog Aizat pada 11 malam ini pastinya akan memberikan makna yang lebih mendalam kepada lagu “ANGIN LALU dan sekaligus menjadikan mahakaryanya ini lebih dekat di hati pendengar.

Di Sebalik Tabir MV Angin Lalu

YouTube video

“ANGIN LALU” merupakan single terbitan Kasi Gegar Entertainment dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar ini boleh didapati dikesemua pelantar digital bermula 26 APRIL 2019. Manakala video muzik rasmi “ANGIN LALU” boleh mula ditonton menerusi saluran Youtube Vlog Aizat bermula 17 MEI 2019.

Ainin Batrisyaaizat amdanangin lalu
https://lomp.at/e33c8
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Berhantu! 10 Lagu Ini Wajib Nyanyi Di Pusat Karaoke

by Khai Azfar
December 1, 2017

Ada peminat karaoke di sini? Jika ya, apakah judul lagu yang sering anda nyanyikan di pusat karaoke tersebut? Tahukah anda...

Read moreDetails
Musik

10 Lagu Seram Yang Akan Membuatkan Anda Merasa Seram Sejuk

by Jash Lee
August 14, 2021

Bila bercakap tentang lagu-lagu seram, apakah yang terlintas difikiran anda? Biasanya, lagu-lagu yang seram akan membuatkan kita akan rasa meremang...

Read moreDetails
Lokal

Mahu Berjuang Habis-Habisan! Aqmal Letak Matlamat Untuk Sampai Ke ‘Final’!

by Aphit J.
September 4, 2022

Bersaing dengan tiga nama besar di industri hiburan dan juga dua bintang baharu yang berbakat besar, Aqmal (Aqmal Ramdan) tidak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore