Sebelum ini, penyanyi Aizat Amdan pernah berkongsi mengenai keadaan bapanya, Datuk Amdan Hj Mat Din terlantar sakit akibat angin ahmar serta tidak boleh bercakap sejak penghujung tahun 2017.

Bapa Meninggal Dunia

Namun awal pagi tadi, penyanyi ini telah memaklumkan bapa kesayangannya itu telah meningga dunia pada 1.10 pagi. Berita sedih itu dikongsi Aizat menerusi Insta Story dan laman Twitter nya. Rata-rata peminat turut menzahirkan ucapan takziah selain mengharapkan penyanyi kesayangan mereka itu akan lebih tabah.

IKLAN

“Assalamualaikum, dukacitanya, ayah saya Amdan bin Hj Mat Din telah meninggal dunia jam 1:10 am tadi. Rabu 9hb 2019. Al-fatihah,”

Dikebumikan Selepas Zohor

Kongsi Aizat lagi jenazah bapanya kini berada di rumah keluarga mereka di Taman Ampang Utama sehingga jam 11 pagi sebelum jenazah akan diuruskan di Kampung Melayu Ampang. Menurut Aizat, jenazah akan dikebumikan sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Kami di murai.my merakamkan ucapan takziah buat Aizat sekeluarga dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah!

IKLAN