Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Biarlah Mahkamah Yang Selesaikan Dengan Cara Baik”- Lan Solo Ulas Perkembangan Kes Saman Siti Nordiana

Lan Solo menitipkan rasa syukur kerana segalanhya sudah diserahkan kepada peguam

by Naddy Joe
January 13, 2022
Share on Facebook

Penyanyi, Lan Solo tampil berkongsi perkembangan terkini mengenai kes saman Siti Nordiana terhadap dirinya, Syura Badron serta 3 individu lain di atas dakwaan memfitnah penyanyi itu.

Serah Pada Pihak Peguam 

Memanjatkan rasa syukur, Lan berkata dia telah menyerahkan kes tersebut kepada peguam dan membiarkan mereka untuk membuat keputusan dan menyelesaikannya.

“Alhamdulillah, segalanya telah diserahkan kepada peguam kami sendiri dan saya pun tidak pernah keluarkan apa-apa statement daripada dulu sampai sekarang.

Bagi saya takpelah benda ni dah dibawa ke sana (mahkamah) jadi biarlah mahkamah yang selesaikan dengan cara yang lebih baik. Biarlah kebijaksanaan mereka yang memutuskan dan menyelesaikannya.

Kami di sini perlu teruskan kehidupan seperti biasa sebab kami pun ada tanggungjawab masing-masing, kerja masing-masing. So, move on. “- kata Lan kepada Murai.my

Pihak Terlibat Hormati Kerjaya & Perniagaan Masing-Masing

via Instagram @lansolo_official

Ketika ditanya mengenai kes saman tersebut telah menganggu penghasilan single terbaru dan kehidupan hariannya, dia akui berasa sedikit terganggu pada awal isu tersebut berlaku. Namun, jelas Lan ia tidak keterlaluan sehingga mampu menjejaskan segala projek dan penggambaran yang dijalankan atas dasar semua pihak terlibat menghormati kerjaya dan perniagaan masing-masing.

“Mungkin di awal dulu sedikit lah tergganggu mungkin sebab benda tu baru berlaku.

So sekarang ni, dah tidak terganggu apa-apa management, kedai, saya punya projek-projek, shooting dan sebagainya tiada apa-apa yang berkait.

Apa yang pasti, memang takde apa-apa yang terjejas. Semua orang hormat dengan peribadi, kerjaya, dan perniagaan.”-dedah Lan

Tampil Ratu Cantik Sabah Dalam Video Muzik ‘5 Kaki 4 Inci’

via Instagram @lansolo_official

Lan  ditemui ketika di majlis pelancaran video muzik terbaharunya berjudul 5 Kaki 4 Inci di Red Box, The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam perkembangan lain, Lan juga telah menghasilkan single terbaharu bersama video muzik yang menampilkan Ratu Cantik Sabah (Unduk Ngadau Sabah 2017), Kerinah Mah sebagai pelakon utama.

Topik Berkaitan “Lebih Baik Saya Diam” – Siti Nordiana Enggan Ulas Isu Rumah Tangga Nubhan, Hanya Titip Doa

Sebagai info, 5 Kaki 4 Inci edaran Life Records itu telah tersedia di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, Youtube Music, KKBox, dan Deezer bermula pada 12 Januari 2022. Sementara video muziknya pula ditayangkan menerusi saluran Youtube Lan Solo.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
lan solositi nordianasyura badron
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

  3. 3

    Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Ahli Keluarga, Ini Syarat Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

  5. 5

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara