Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Langgar SOP Kes Zara Qairina: Pegawai Siasat Gagal Mohon Bedah Siasat, Pengarah JSJ Dedah Ketidakpatuhan Prosedur

by Puteri Alia
August 13, 2025
Share on Facebook

Kegagalan seorang pegawai penyiasat memohon bedah siasat sejurus selepas kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir dikenal pasti sebagai punca utama ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kes yang mencetuskan perhatian seluruh negara ini. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, peraturan jelas menyatakan bahawa bedah siasat wajib dilakukan apabila punca kematian tidak diketahui atau wujud elemen mencurigakan.

Namun, hasil siasatan pasukan petugas khas mendapati pegawai penyiasat gagal mengemukakan permohonan tersebut walaupun mempunyai kuasa penuh di bawah undang-undang untuk berbuat demikian. Kumar menegaskan tindakan tegas bakal diambil terhadap pegawai penyiasat dan pegawai penyelia terlibat kerana gagal melaksanakan tanggungjawab, dengan siasatan dalaman kini sedang dijalankan.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lalu, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar sekitar jam 4 pagi. Kes ini menjadi tumpuan selepas timbul dakwaan wujud insiden buli melibatkan pelajar senior di sekolah tersebut.

Jumaat lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kubur Allahyarham digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan, memandangkan siasatan awal dianggap tidak lengkap. Proses penggalian semula dilakukan pada 9 Ogos di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, sebelum jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk dibedah siasat dan dikebumikan semula awal pagi Ahad di lokasi yang sama.

Kumar turut mendedahkan bahawa ibu mangsa sebelum ini menandatangani dokumen hospital menyatakan enggan bedah siasat dilakukan, yang disahkan oleh doktor patologi dan pegawai penyiasat. Namun, katanya, undang-undang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat untuk memohon prosedur itu jika terdapat keraguan terhadap punca kematian. Hasil perbincangan bersama agensi berkaitan pada 10 Ogos, polis memutuskan untuk menjalankan bedah siasat kedua yang melibatkan tiga doktor dari Hospital Serdang dan Hospital Queen Elizabeth. Keputusan bedah siasat mengesahkan punca kematian selari dengan diagnosis awal kecederaan otak teruk akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak berpunca daripada jatuh.

Jeritan Terakhir Zara Qairina, "Aku Tidak Mencuri Bah, Bodoh" Sebelum Ditemui Tidak Sedarkan Diri

Beliau menjelaskan semua dapatan forensik sudah diterangkan secara telus kepada keluarga dan menegaskan bahawa prosedur ini sepatutnya dilakukan sebaik sahaja kematian berlaku bagi memastikan bukti tidak terjejas. Pihak polis kini sedang meneliti tindakan lanjut terhadap pegawai terbabit, termasuk penggantungan tugas, sementara siasatan dijalankan. Kes kematian ini kini bergerak dalam dua hala tuju prosiding inkues kepada koroner dan siasatan jenayah membabitkan kemungkinan elemen buli mengikut Seksyen 507(2) Kanun Keseksaan.

Zara Qairina
https://lomp.at/fi0kh
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore