Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Lathi Challenge Haram & Berdosa”- Mufti Wilayah Persekutuan Beri Peringatan

by Khai Azfar
June 19, 2020
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak tularnya ‘Lathi Challenge’ di media sosial. Pelbagai pandangan telah diberikan oleh netizen apatah lagi ada diantara selebriti popular turut melakukannya.

Jatuh Hukum Haram Dan Berdosa 

Setelah hangat memperkatakan mengenainya, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah akhirnya telah memberikan satu kenyataan dan pandangan . Menurut Dr Luqman, dia mengharapkan agar orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya berhenti menularkan video dan tidak terlibat di dalam cabaran-cabaran (challenges) di media sosial yang berbentuk pemujaan dan ritual demi menjaga akidah.

Punyai Unsur Pemujaan Dan Ritual Mistik 

Ini kerana, mereka yang melakukan Lathi Challenge termasuk dalam hukum haram dan berdosa kerana ia mempunyai unsur-unsur pemujaan dan ritual mistik yang dikhuatiri akan menjerumuskan pelakunya ke dalam perbuatan syirik dan kekufuran.

“Lathi diambil daripada bahasa Jawa Kuno yang membawa maksud lidah. Ia menjadi judul bagi sebuah lagu single yang dinyanyi Weird Genius yang berduet bersama Sara Fajira.

“Di dalam music video offical, terdapat elemen joget dan tarian yang berunsur ritual mistik.

“Malah, di dalam lirik turut mempunyai bait-bait yang dikatakan mengandungi pemujaan roh dan menyeru makhluk halus.

“Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, maka tarian dan lirik lagu yang mempunyai unsur pemujaan dan ritual yang menyalahi akidah Islam, serta pemakaian dan solekan yang menyerupai syaitan atau hantu.

“Lathi Challenge ini termasuk dalam tasyabbuh yang dilarang di dalam hadith. Oleh itu, hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Nasihatnya lagi, umat Islam tidak seharusnya menularkan cabaran-cabaran seperti ini kerana khuatir bertentangan dengan akidah Islam.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hukum lathi challengeLathi ChallengeLathi challenge haram
Share16Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  3. 3

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  4. 4

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara