Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Lee Seung Gi Akhirnya Berkahwin, Isterinya Lee Da In Tampil Gayakan 2 Gaun Pengantin!

by Soph Azz
April 10, 2023
Foto - Twitter

Foto - Twitter

Share on Facebook

Akhirnya, tahniah Lee Seung Gi dan Lee Da In!

Selepas terpalit dengan beberapa kontroversi sepanjang hubungan mereka; pasangan Lee Seung Gi dan Lee Da In akhirnya berkahwin dalam sebuah majlis perkahwinan yang intim. Majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat rapat itu diadakan di The Grand Intercontinental Seoul Parnas, Seoul.

Daripada dekorasi estetik hingga ke busana pengantin, apa yang Miss Murai boleh katakan adalah majlis ini adalah majlis perkahwinan yang sempurna dan ala-ala kisah dongeng! Lebih-lebih lagi bila kamu lihat keseluruhan busana pengantin yang dikenakan oleh Lee Da In.

Foto – Twitter

Melihat di media sosial, Miss Murai dapati isteri Lee Seung Gi ini telah mengenakan dua gaun pengantin yang setiap satunya dipakai untuk dua bahagian dalam majlisnya. Manakala Lee Seung Gi pula, mengenakan padanan tuksedo hitam-kemeja putih dan tuksedo putih-kemeja putih.

Untuk majlis utamanya, Lee Da In mengenakan ball gown daripada koleksi Stardust oleh Pnina Tornai. Gaun tersebut mempamerkan butiran lutrsinar di sepanjang lengannya dan tekstur manik di seluruh gaunnya. Dilengkapi dengan tiara dan veil, penampilan Lee Da In nampak sangat mewah dan elegan!

Foto – Twitter

Sekadar info, tiara yang dipakai oleh Lee Da In itu dihasilkan secara khas oleh rakannya, Junhyuk yang tinggal di Los Angeles.

Manakala pada bahagian kedua majlisnya, Lee Da In tampil dalam gaun tulle off-shoulder yang diperincikan dengan korset di bahagian torso. Gaun tersebut merupakan gaun dalam salah satu koleksi AKKO yang dihasilkan oleh Muse by Berta. Disesuaikan dengan gaya braid yang disisir tepi, memang nampak effortless cantik!

Foto – Twitter

Psst… Untuk bahagian pra perkahwinannya, Lee Da In telah mengenakan gaun tube yang diperincikan dengan manik dalam rona kelabu oleh pereka Malaysia, Ivan Young.

Foto – Twitter

Sekali lagi, tahniah Lee Seung Gi dan Lee Da In!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
gaun pengantin lee da inlee da inlee da in wedding dresslee seung gi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  3. 3

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  5. 5

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara