Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Lelaki Berambut Panjang Lebih Menawan & Dapat Naikkan Aura Diri!

by Jash Lee
June 27, 2023
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Pasti akan ada yang tanya ‘benarkah lelaki berambut panjang lebih menawan dan menarik? Kali ini, Miss Murai ingin kongsikan adakah benar jika seseorang lelaki memiliki rambut yang lebih panjang mudah mendapat perhatian dari wanita dan orang di sekelilingnya?

Rambut merupakan aset yang paling penting bagi setiap lelaki. Tidak kira di mana jua mereka berada sama ada di Asia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Antartika mahupun Australia, jika di tanya adakah rambut penting bagi mereka pasti kebanyakannya akan menjawab ‘ya’.

Setiap era pasti akan ada trend rambut yang terbaharu dan diikuti ramai. Contohnya era 50-an, gaya rambut ketika itu dipanggil ‘Quiff’ yang kebanyakkannya digayakan oleh pelakon dan pemuzik. Pada tahun 70-an pula, terkenal dengan gaya rambut ‘Shaggy Style’ di mana para lelaki ketika itu akan membiarkan rambut mereka kembang dan panjang tidak kiralah paras telinga, dagu, bahu mahupun paras dada.

Percaya atau tidak, gaya-gaya rambut pada era terdahulu akan diulang kembali pada zaman sekarang dan zaman akan datang kerana itulah fitrah fesyen di dunia.

Dapat Meningkatkan Aura Diri?

Pada awal tahun 2020, tidak ramai lelaki yang berani untuk menyimpan rambut panjang oleh kerana faktor-faktor tertentu seperti pekerjaan, penjagaan yang rumit serta takut dipandang serong oleh masyarakat sekeliling dan yang paling ketara adalah faktor cuaca yang panas. Sejak dari covid melanda dunia, kedai gunting rambut mula beroperasi namun ada juga yang sayang mahu potong rambut yang telah mereka simpan semasa ‘lockdown’ dahulu.

VIA instagram

Percaya atau tidak, jika lelaki mempunyai rambut yang panjang, aura dirinya juga turut bertambah. Kamu boleh melihat perubahan yang ketara bukan sahaja dari segi rupa atau gaya malah tingkah laku juga akan berubah. Ia melibatkan faktor Psikologi di mana perubahan ‘SIKAP’ seseorang boleh berubah melalui keadaan sekeliling atau perubahan gaya pada diri.

Kajian dijalankan serta ditanya kepada wanita apa yang menjadi tarikan untuk mereka melihat lelaki buat pertama kali dan kebanyakkan mereka akan menjawab ‘rambut’. Bagi mereka, lelaki berambut panjang dan kemas lebih mudah menarik perhatian untuk memandang berbanding dengan lelaki berambut pendek.

VIA pinterest

Tambah mereka lagi, tidak ramai lelaki yang sanggup menjaga rambut yang panjang oleh kerana rumitnya namun mereka kagum jika ternampak lelaki yang mempunyai rambut yang panjang, sihat dan kemas.

Jika ingin menyimpan rambut panjang, kamu harus bersedia untuk meluangkan masa dan wang ringgit untuk merawat serta menjaganya. Tidak mudah untuk menjaga rambut yang panjang namun hasilnya akan memuaskan diri anda. Berambut panjang atau pendek kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri, pastikan anda mengetahui rambut yang mana yang sesuai dan akan membuatkan anda lebih kelihatan menarik dan menawan.

VIA pinterest
VIA pinterest
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
lelaki berambut panjang
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara