• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Lelaki Bujang Ambil Anak Angkat Perempuan Adalah Salah Di Sisi Undang-Undang, Ini Hukum Yang Ramai Tidak Tahu

by Puteri Alia
October 4, 2023
Share on Facebook

Isu berkaitan anak angkat tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia khususnya. Ini kerana suasana semasa menyaksikan bahawa banyaknya pengambilan anak angkat berlaku semenjak puluhan tahun dahulu lagi.

Meskipun begitu, terdapat beberapa hukum-hakam yang berkaitan dengan anak angkat yang memerlukan penjelasan tepat dan sahih.

Secara umumnya anak angkat adalah anak yang bukan terhasil dari nasab keturunan seseorang itu sendiri. Dari sudut anak tersebut secara nasabnya adalah anak kepada orang lain namun diambil sebagai anak angkat kerana beberapa sebab tertentu seperi contoh pasangan yang sudah lama berkahwin namun tidak direzekikan anak dan sebagainya.

Dari sudut undang-undang setempat, Malaysia secara umumnya membenarkan pengambilan anak angkat. Ini seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253).

Antara isu yang penting berkenaan dengan pengambilan anak angkat ini adalah berkenaan dengan batasan pergaulan dan perhubungan sebaik sahaja anak ini mencecah usia baligh. Dari sudut hubungan anak angkat perempuan dengan bapa angkat dan juga anak angkat lelaki dengan ibu angkat.

Secara asasnya, anak angkat yang telah sampai usia baligh yang berlainan jantina dengan ibubapa mereka merupakan ajnabi (orang asing) kepada mereka. Ini kerana mereka pada umumnya tidak mempunyai hubungan nasab (keturunan) dengan ibubapa angkat mereka.

Dalam isu ini, kita hendaklah jelas berkenaan pendefinisian mahram terlebih dahulu.

Menurut sumber Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan, mahram hanya berlaku menerusi tiga perkara iaitu nasab, susuan, dan juga musaharah (perkahwinan). Justeru, setiap individu yang tidak ada sebarang hubungan pertalian menerusi ketiga sebab ini adalah bukan mahram bagi seseorang dan membawa kepada banyak implikasi hukum.

Oleh yang demikian, berbalik kepada isu anak angkat ini sekiranya mereka telah mencapai usia baligh, maka ada beberapa implikasi kemahraman dari sudut perhubungan dengan ibubapa angkat mereka.

Pertama, sekiranya anak angkat itu seorang perempuan, maka dia wajib menutut seluruh auratnya kecuali muka dan tapak tangannya di hadapan bapa angkat. Kedua, dia tidak boleh untuk bersentuhan kulit dengan bapa angkat tersebut.

Ketiga, mereka juga tidak boleh untuk berdua-duaan di sesuatu tempat tanpa ada mahram bagi lelaki atau mahram bagi dirinya. Keadaan ini sama juga sekiranya anak angkat tersebut merupakan seorang lelaki dengan ibu angkatnya.

Memetik laporan Harian Metro, yang melaporkan bahawa tindakan seorang selebriti lelaki berstatus bujang yang mengambil anak angkat perempuan menimbulkan persoalan kerana didakwa menyalahi undang-undang.

Pengasas dan pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Kami, Siti Nursuraya Ali berkata, dia sudah beberapa kali membuat laporan berhubung perkara itu.

“Undang-undang Malaysia tidak membenarkan perkara itu atas faktor keselamatan. Jadi macam mana kanak-kanak perempuan itu boleh berada dalam jagaan selebriti bujang ini? Siapa yang benarkan? Dia melalui proses apa?

“Saya sendiri pernah membuat beberapa laporan kepada Bahagian Kanak-Kanak di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Adakah mereka terlepas pandang? Ataupun selebriti ini mengambil anak angkat orang lain? Anak itu didaftarkan kepada ibu angkat lain? tetapi yang si bujang ni mengaku anak dia?,” katanya.

Dalam masa sama, Siti Nursuraya mendedahkan terdapat juga selebriti yang menggunakan anak angkat mereka sebagai kandungan untuk meraih populariti.

“Ada kes yang saya dapat tahu anak dia diambil semula oleh JKM sebab walaupun dia dah berkahwin tapi dia guna anak itu untuk raih populariti di media sosial. Kami buat laporan memang terbukti,” katanya.

Siti Nursuraya mendedahkan perkara itu selepas diundang ke stesen radio Kool101 oleh penyampai Haiza dan Muaz, pagi tadi.

kool 101
https://lomp.at/jo90a
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

“Sebuah Fasa Baru Untuk Kami..”-Noh Salleh & Isteri Timang Cahaya Mata Perempuan

by Naddy Joe
November 26, 2025

Penyanyi, Noh Salleh berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Athira telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 21 November lalu. Khabar...

Read moreDetails
Foto - @kajol (IG)
Bollywood

Rupanya Ajay Devgn Tak Suka Sikap Kajol Ketika Pertama Kali Jumpa- “Dia Sangat Bising”

by Nurul A.
October 30, 2025

Pasangan selebriti Bollywood, Ajay Devgn dan Kajol sudah berkahwin hampir tiga dekad. Walau bagaimanapun, pertemuan awal mereka pada mulanya agak...

Read moreDetails
Lokal

“Amira Sentiasa Utamakan Suami, Ambil Tahu Apa Saya Suka” – Fattah Amin Dedah Rahsia Bahagia Lepas Kahwin

by Puteri Alia
October 14, 2025

Sebulan melayari kehidupan berumah tangga, pelakon popular Fattah Amin menzahirkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri penyayang dan berhati lembut yang...

Read moreDetails
Foto - @onlybollywoodmasti (IG)
Bollywood

Gara-Gara Adegan Ini, Madhuri Dixit Trauma Berlakon Dengan Vinod Khanna

by Nurul A.
November 14, 2025

Nama Vinod Khanna dikenali dalam industri hiburan Bollywood kerana gaya fesyennya dan turut dipuji sebagai aktor yang paling kacak. Vinod...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Che Ta Bebel Aaisyah Pakai Heels Dalam Rumah-“Kalau Pak Hang Tengok Mengamuk”

by Noah Ab
November 21, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Che Ta yang membebel kepada Aaisyah kerana memakai kasut tumit tinggi di dalam...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore