Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Letto Dedah Makna Di Sebalik ‘Sandaran Hati’-“Kami Selalu Berkata…”

by Naddy Joe
November 3, 2023
Share on Facebook

Letto, salah satu band yang terkenal dari Indonesia pada tahun 2000-an menerusi lagu-lagu ‘evergreen seperti Sandaran Hati, Sebelum Cahaya, Menyambut Janji dan banyak lagi.

Setelah lebih 10 tahun tidak beraksi di Malaysia, band pop terkenal ini juga akan mengisi Ruang Rindu peminat dengan Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur pada 12 Januari 2024 di Zepp, Kuala Lumpur.

Diiringi Elemen Istimewa Gamelan KianKanjeng

Band yang dianggotai Noe, Patub, Cornel, Widi, dan Dhedot ini yang turut meraikan Ulang Tahun ke-20 bakal menyuntik elemen istimewa dengan nada-nada manis dari Gamelan KiaiKanjeng.

“Nah apa yang lebih istimewa pada Letto 20th Anniversary Live in Kuala Lumpur adalah permainan muzik bersama Gamelan KiaiKanjeng. Bagaimana persembahannya atau bunyinya nanti, jangan sampai lupa untuk kita bertemu di konsert ini tanggal 12 Januari 2024.”-kata vokalis, Noe

Mempunyai ‘Trick’ Dalam Penghasilan Lagu

Vokalis Letto, Noe menceritakan bahawa setiap lirik lagu yang dihasilkan oleh mereka mempunyai ‘trick’ yang tersendiri sehingga pernah menjadi perbahasan oleh jurnal serta tesis di Indonesia.

“Beberapa paper dan jurnal membahaskan tentang lirik lagu kumpulan Letto dari sudut pandang sastera. Ada beberapa novel juga.

Kami membangunkan beberapa ‘trick’ sebenarnya. Misalnya lagu Sandaran Hati, itu di album ketika pasangan yang sampai sekarang belum menyedari orangnya.

Lagu Sandaran Hati baru diinterpretasi sebagai lirik ketuhanan enam tahun setelah rilis, dan kami tidak pernah mengatakan, mengumumkan bahawa ia lagu ketuhanan.

Kami selalu berkata, ini lagu. Nikmati karya ini dengan caramu menikmati”-kongsi Noe

Kolaborasi Penuh Nostalgia

Jelas Datin Rahizahwati, Pengarah Qew Comm selaku penganjur konsert turut menyifatkan persetujuan Letto untuk menjayakan Letto 20th Anniversary Live in Kuala Lumpur sebagai sebuah kolaborasi yang akan penuh dengan nostalgia.

“Seperti yang kita tahu, Letto sangat popular menerusi lagu seperti Ruang Rindu, dan Sandaran Hati selepas memasuki pasaran Malaysia pada 2005.

Jadi untuk membuka tahun 2024, kami di Qew Comm mencari sebuah kumpulan yang masih mampu menarik minat penggemar sekaligus membawa peminat lama mereka kembali pulang menggamit nostalgia.”-kata Datin Rahizahwati

Untuk itu, jangan sampai terlepas temujanji bersama Letto 20th Anniversary Live in Kuala Lumpur pada 12 Januari 2024 di Zepp KL bermula 8.30 malam.

Harga tiket bermula dari RM159 (Permintaan Hati), RM179 (Ruang Rindu), RM249 (Sebelum Cahaya), RM299 (Senyumanmu), dan RM4,000 (VIP Box) serta RM150 (Meet & Greet) menerusi www.ticket2u.com.my.

Jangan lepaskan peluang!

kumpulan letto
https://lomp.at/3voqj
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra-“Sia-Sia Turun KL Ni..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa pilu apabila rancangannya untuk menghabiskan masa bersama anak perempuannya, Hawra tidak menjadi kenyataan. "Tak Dapat...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore