Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘LG*T Bertopengkan Animasi’- Ustazah Asma Harun Ulas Filem ‘Lightyear’

Pendakwah ini mendedahkan isu homoseksual dalam animasi yang ditonton kanak-kanak bukan perkara remeh

by Puteri Alia
June 16, 2022
via Instagram Ustazah Asma Harun

via Instagram Ustazah Asma Harun

Share on Facebook

Filem keluaran Disney, Lightyear, yang dinanti-nantikan ramai peminat setia animasi ini meluahkan rasa kecewa dan hampa terhadap syarikat gergasi ini.

Kontroversi babak ciuman terhadap golongan sejenis di dalam filem animasi kesukaan ramai itu, menyebabkan lebih kurang 14 buah negara termasuk Malaysia membatalkan tayangan filem tersebut.

Besar Kesan Terhadap Kanak-Kanak

Hal yang tular ini mendapat perhatian pendakwah terkenal tanah air ustazah Asma Harun, di mana pendakwah ini memberi ulasan betapa besarnya kesan animasi berunsurkan seperti ini terhadap kanak-kanak di Instagram nya.

Apatah lagi, filem mempunyai elemen LGBT seperti ini bercanggah dengan hukum Islam serta fitrah sebagai manusia.

“Allahu Akbar. Bayangkan betapa besarnya kesan dan akibat daripada tindakan ini kerana filem mereka banyak ditonton oleh golongan kanak-kanak.

Sungguh, ini bukanlah perkara remeh yang harus dibisukan kerana ia secara terang bukan sahaja bertentangan agama malah fitrah manusia itu sendiri.” Jelasnya

via Instagram Ustazah Asma Harun

Puji Tindakan Pantas

Dalam pada itu, pendakwah ini juga memuji pihak menapis perfileman negara yang pantas bertindak dan membatalkan tayangan filem keluaran Disney dari menjadi tontonan umum.

“Hampir kebanyakan negara tidak mempunyai perundangan yang tegas untuk menghalang kegiatan LG*T termasuklah Amerika Syarikat, Belanda, Kanada, Jerman, Perancis dan lain-lain. Bahkan kita dapat lihat sendiri kegiatan mereka semakin berleluasa dalam negara ini.

Antara negara BUKAN ISLAM yang menyekat LG*T ialah Singapura (2 tahun penjara), Sri Lanka (10 tahun penjara), dan Myanmar (20 tahun penjara).

Terdapat lagi negara lain yang turut mempunyai perundangan bagi menyekat gejala LG*T. Filem ini dah dilarang oleh 14 buah negara. Bermula dengan Timur Tengah seperti UAE, Arab Saudi, Lebenon, Kuwait, Mesir, kemudian diikuti pula oleh negara Asia seperti Indonesia, Malaysia dan China.

Singapura pula tidak benarkan tayangan filem ini kepada remaja di bawah usia 16 tahun. Syabas dan tahniah kepada pihak yang mengambil tindakan segera.” Coretnya

Netizen Banjiri Ruang Komen

Melihat perkongsian ustazah Asma di Instagram, ramai warganet mula membanjiri ruangan komen dan masing-masing berkongsi pandangan diruangan komen muatnaik pendakwah tersebut.

“Allahuakbar.. Nauzubillah.. Ya Allah, selamatkan lah kami umat akhir zaman ini”

“Allahu sebab itulah sekarang ni kena hati-hati sangat nak bagi anak tengok apa. Kadang-kadang iklan pun ada benda-benda macam ni”

“Astaghfirullah” komen mereka

via Instagram Ustazah Asma Harun

“Aduh kartun tu pun sekarang dah tercemar.. Dulu suci je..”

“Aduh… Makin menjadi-jadi. Risaulah hai, bila ada anak-anak nak membesar ni?”

“Allahuakbar. Semoga Allah memberi perlindunganNya kepada kita semua. Amin” Komen mereka lagi

Penyebaran unsur LGBT dalam bentuk animasi perlu di ambil serius, apatah lagi medium menerusi watak kartun mudah mempengaruhi minda serta pemikiran golongan kanak-kanak jika dibiarkan.

[REVIEW] GAYONG: Filem Aksi Epik Warisan Melayu Bakal Gegar Pawagam 8 Mei 2025

Apa pandangan anda tentang Isu Ini?

filemlightyearUstazah Asma Harun
https://lomp.at/3imwn
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Raja Atiq Kesal Ada Syarikat Terkenal Masih ‘Delay Payment’-“Macam Ni Ke Artis Lain Kena?..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Raja Atiq meluahkan rasa kesal terhadap salah satu syarikat  terkenal di Malaysia yang didakwa bersikap melengah-lengahkan untuk menjelaskan bayaran...

Read moreDetails
Lokal

Siti Saleha Kongsi Momen Hamil Hingga Bersalin, Netizen Terpegun!-“Pregnant Lawa, Dah Bersalin Pun Lawa..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Umum mengetahui pelakon, Siti Saleha telah selamat menimang cahaya mata pertama pada Selasa. Menamakan bayi lelakinya sebagai Indra, Siti Saleha...

Read moreDetails
Foto - @jibreelhq (IG) / @adira.suhaimi (IG)
Lokal

Perjelas Status Perkahwinan Dengan Datuk Red, Adira Tegas Tidak Pernah Rujuk

by Nurul A.
January 20, 2026

Penyanyi Adira Suhaimi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia telah rujuk semula dengan bekas suami, Datuk Red seperti yang tular sebelum...

Read moreDetails
Lokal

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Nama pelakon Sharifah Sakinah mencetuskan kritikan netizen selepas dilihat merangkul pinggang suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore