Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Linda Nanuwil Cipta Sejarah, Bintang AF Pertama Tersenarai Dalam Gegar Vaganza

by Khai Azfar
September 23, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Linda Nanuwil,35 mengejutkan ramai peminat apabila membuat kemunculan semula menerusi program realiti Gegar Vaganza bagi musim ketujuh (GV7) selepas diumumkan pada petang Selasa.

Cipta Sejarah

Rata-rata menyambut baik ‘comeback’ penyanyi yang popular dengan single Jika Kau Kekasih ini apatah lagi setelah sekian lama merindui suara merdunya. Dengan penyertaan Linda dalam GV7, sekaligus penyanyi ini mencatat sejarah sebagai bekas bintang Akademi Fantasia pertama yang menyertai Gegar Vaganza sejak penganjurannya.

Peluang Untuk Timba Ilmu

Menurut Linda atau nama sebenarnya Norlinda Nanuwil, dia bersetuju untuk menyertai GV7 adalah kerana percaya akan ada lebih banyak peluang untuknya selepas ini. Malah sepupu kepada penyanyi Marsha ini turut menganggap penyertaannya ini sebagai satu peluang untuk dirinya menimba lebih banyak ilmu daripada rakan-rakan penyanyi yang jauh lebih berpengalaman sebelum ini.

“Masa AF2 dulu, Tok Ram (Datuk Ramli MS) adalah pengetuanya dan kini Tok Ram sebagai juri. Saya agak tertekan sikit dan takut untuk buat silap bila Tok Ram ingatkan saya sebentar tadi. Apa pun, saya anggap ini rezeki untuk timba ilmu dengan penyanyi yang lebih berpengalaman” kata Linda kepada Murai.my.

Sudah Bersedia Dengan Tanggapan Netizen 

Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia dengan tanggapan netizen yang berkemungkinan akan mempertikaikan bakat AF diambil menyertai program ini, Linda berkata dia sudah bersedia dan hanya akan mengambil perkara yang positif sahaja kerana sehingga ke hari ini dia turut tidak menyangka berjaya tersenarai sebagai 14 peserta GV7.

“Mulut netizen memang sukar untuk ramal. Saya dah bersedia dan hanya akan ambil yang positif seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Linda turut mengumumkan akan kembali dengan single terbaharu berjudul Ikhlaskan Dirimu hasil ciptaan Ajai dan Luqman S sekitar Oktober depan. Jelas Linda, lagu ini masih mengekalkan rentak balada dan mengharapkan akan diterima peminatnya.

gegar vaganzagegar vaganza 7GV7Linda NanuwilLinda Nanuwil Gegar Vaganza
https://lomp.at/vub6u
Share8Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim ‘Sound’ Artis Kritik Drama Tempatan- “Jangan Hentam Industri Sendiri!”

by Phic ARMAN
March 16, 2026

Dunia drama tempatan sekali lagi jadi topik perbualan hangat apabila beberapa selebriti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jalan cerita...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara