Wednesday, August 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Linda Rafar Gesa Orang Ramai Jangan Tunjuk Gambar Makanan & Percutian

Selebriti ini berharap orang ramai bersifat empati terhadap mangsa banjir yang terjejas

by Puteri Alia
December 20, 2021
Foto - Instagram @lindarafar

Foto - Instagram @lindarafar

60
KONGSIAN
Share on Facebook

Kejadian banjir yang berlaku di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur membuatkan sesiapa sahaja terpukul dengan ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Ramai mangsa banjir hilang tempat tinggal, musnah harta benda dan keperluan asas yang lain. Namun dengan sumbangan berterusan dan bantuan dari pelbagai pihak, sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang terlibat.

Mohon Tidak Post Gambar Makanan Dan Percutian

Tular di media sosial milik Linda Rafar, di mana selebriti ini meminta agar orang ramai yang sedang bercuti tidak berkongsi gambar berlibur dan makanan di media sosial.

Linda berharap pengguna media sosial yang tidak terkesan dengan banjir menjaga hati ramai pihak pada waktu getir seperti ini.

https://www.instagram.com/p/CXrzdLgAHOu/

“Tolong jangan lah post gambar makanan atau bercuti dulu masa rakyat terseksa dengan keadaan banjir.. Tak tolong tak apa, tapi tak perlu lah nak tunjuk dalam media sosial dalam keadaan tengah kritikal!!!

Tolong lah jaga hati ramai pihak yang tak makan dan terkesan” luahnya

Netizen Setuju Dengan Kata-Kata Linda Rafar

Melihat posting selebriti jelita ini membuatkan rata-rata ramai yang memberi komen dengan mengatakan, mereka bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Linda di Instagram.

“Betul sangat”

“Setuju sangat sis!! Sis semua ok tak kawasan rumah sana?”

“Betul setuju sangat, tak ada keperihatinan dia orang ni” komen mereka

Foto – Instagram @lindarafar

“Setuju sangat ada yang 24 jam tak makan, masih tersadai dengan bayi apa”

“Setuju sangat-sangat kak Linda”

“Ya betul.. Simpan dulu semua yang best-best tu.. Hati tak tenang tengok dia orang semalam”

“Setuju… Saya tak terkesan sangat dengan banjir.. Tapi bila nampak orang post kena lah hormat orang lain juga” komen mereka lagi

Betul apa yang dikatakan Linda Rafar, diharap orang ramai bersikap sensitif terhadap musibah yang sedang dilalui mereka pada ketika ini.

banjirLinda Rafarshah alam
https://lomp.at/lpugx
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

  5. 5

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem