• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Macam Rumah Hantu! Lihat 10 Foto Banglo Mewah Bruce Lee Yang Terbiar

by Phic ARMAN
August 21, 2019
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa saja yang tak kenal dengan Bruce Lee yang merupakan salah satu aktor lawan paling legenda di seluruh dunia. Sebelum kemunculan Jackie Chan, dia sudah lama dijadikan ikon dari seni mempertahankan diri kung fu.

Lee lahir dari keluarga pekerja seni.Bapanya adalah seorang pemain opera berasal dari Hong Kong yang sudah membuat persembahan pentas hingga ke Amerika Syarikat.

Lee dibesarkan di Hong Kong dan mula mengikuti jejak ayahnya menjadi seorang aktor dengan memainkan beberapa watak untuk filem tempatan sejak usia muda.

Bukan sahaja dalam seni lakonan, tarian dan kung fu tang mula dipelajari sejak kecil. Dia juga mempelajari seni wing chun dari guru Ip Man yang paling terkenal di Hong Kong.

Semasa dia meningkat dewasa, Lee kemudian berpindah ke Amerika Syarikat untuk menuntut pengajian di University of Washington dan membuka sekolah seni mempertahankan diri pada tahun 1959. Semasa mengajar, dia juga dipercayai berlakon pelbagai filem, salah satunya adalah Kato dalam filem Green Hornet pada tahun 1966.

Itulah permulaan yang membuatkan dia terkenal dalam dunia perfileman. Filem terlaris adalah Enter the Dragon yang meraih box office dengan pendapatan mencapai US$ 200 juta atau RM800 Juta pada waktu itu.

Lee dan isterinya, Linda Emery yang merupakan warganegara Amerika Syarikat kemudian berhijrah ke Hong Kong dan membeli rumah mewah bernilai AS$ 100 juta atau RM400 Juta pada kadar pertukaran semasa. Rumah itu dianggap sebagai kediaman paling mewah di Hong Kong pada tahun 70-an.

Tetapi malangnya, pada tahun 1973, Bruce Lee meninggal dunia. Linda memutuskan untuk kembali ke Amerika Syarikat dan membawa dua orang anaknya. Rumah mewah itu telah ditinggalkan sehingga sekarang. Bagaimana keadaan kediaman mewah itu pada masa ini?

Dibangun di kawasan elit Kowloon Tong

Kediaman mewah Bruce Lee Mansion bernilai US $ 100 juta itu dibina di kawasan elit semenanjung Kowloon Tong. Kawasan ini sangat terkenal dengan rumah banglo elit. Kawasan rumah ini berdekatan dengan Universiti dan juga sekolah bertaraf antarabangsa.

Daerah ini juga terkenal dengan suasananya yang tenang, jauh dari hiruk-pikuk kesibukkan Hong Kong. Jadi mungkin saja dulu Lee membeli kediaman ini untuk menghabiskan masa tuanya dengan tenang.

Sempat jadi hotel

Selepas pemergian Bruce Lee pada tahun 1973, rumah itu ditinggalkan oleh isteri dan dua anaknya. Selama satu tahun tidak berpenghuni, pada tahun 1974 akhirnya datang seorang hartawan dan dermawan Yu Pangling yang berani membelinya pada harga HKD 1 juta.  Yu kemudian mengubahsuai rumah mewah ini menjadi sebuah hotel.

Tetapi malangnya ia tidak mendapat sambutan pengunjung dan menjadi sepi sehingga hotel itu ditinggalkan sehingga kini.

Kondisi bangunan sudah tidak terurus

Foto: www.hongkongfp.com

Gagal menjadi penginapan mewah, rumah ini akhirnya ditinggalkan dan diabaikan. Jika dilihat dari dalam, rumah ini mempunyai banyak bilik dengan kemudahan mewah. Tempat tidurnya luas yang boleh memuatkan dua orang, disertakan dengan televisyen. Di samping itu, bilik mandi di setiap bilik juga dilengkapi dengan tab mandi, jakuzi, dan pancuran seperti di dalam bilik mewah yang dimiliki oleh selebriti.

Malangnya, banyak yang telah rosak, terdapat pintu yang diserang oleh anai-anai, hancur, dan bahagian terburuk adalah bumbung yang patah. Tidak dapat dipastikan, berapa lama ia tidak diduduki begitu sahaja.

Keadaan luarnya seperti RUmah Hantu

Jika dilihat dari pandangan depan, kelihatan cat dinding yang sudah pudar. Belum lagi keadaan halaman yang penuh rumput dan barang-barang yang tidak digunakan bersepah diluar. Dah macam rumah hantu!

Rumah Bruce Lee mahu dijadikan muzium

Rumah Bruce Lee ini dikatakan mahu dijadikan muzium, seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, pada tahun 2015. Ini adalah desakan dari kawan-kawan dan peminat Bruce Lee di seluruh dunia.

Anak Perempuan Bruce Lee, Shannon Lee

Rancangan ini telah sampai ke telinga cucu Yu, Peng Zhibin sebagai pemilik rumah semasa dan juga anak perempuan Lee, Shannon Lee. Peng Zhibin mengakui bahawa datuknya belum menyelesaikan proses pendaftaran untuk pemilikan rumah mewah itu, maka dia dan keluarganya tidak berani untuk menganggu atau mengubah bentuk bangunan.

Rencana terakhir, jadi tempat studi kebudayaan China

Pada tahun 2018, pemilik rumah sekarang, cucu Yu, Peng Zhibin akhirnya membuat keputusan untuk menjadikan rumah legenda kung fu mewah ini menjadi institut pengajian budaya Cina. Kemudian akan ada kelas pengajian budaya Cina, muzik tradisional , dan juga pusat latihan pertahanan diri.

Peng juga tidak berminat mengubah bentuk fizikal bangunan untuk mengekalkan keasliannya. Tetapi kemungkinan besar interior dalaman akan diubahsuai seperti yang diperlukan.

Pada September 2019, pusat kajian ini sudah boleh beroperasi. Mereka bersedia menampung 400 kanak-kanak dari pelbagai peringkat, sekolah rendah, menengah, dan sekolah menengah untuk belajar budaya Cina.

Tetapi tidak ada lagi berita tentang rancangan ini. Semoga rumah Bruce Lee dapat digunakan untuk ramai orang, bukan sekadar menjadi bangunan tua yang sudah hancur dan diabaikan.

https://lomp.at/wpe0y
Share12Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  2. 2

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  3. 3

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore