Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

Macam Seronok Jer! Warga Malaysia Boleh Mendaftar Menjadi Sukarelawan di Olimpik Paris 2024

by Zaidin Albert
August 12, 2021
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir secara rasmi pada 8 Ogos yang lalu, kini ramai yang bercakap tentang Olimpik akan datang. Ada sesuatu yang menarik dinantikan oleh anda semua rakyat Malaysia dalam Sukan Olimpik seterusnya di Paris, Perancis!

Sukan Olimpik Paris 2024 sedang mencari sukarelawan dan ya, rakyat Malaysia layak untuk mendaftar!

50,000 sukarelawan untuk Sukan Olimpik

Sekiranya anda fikir anda akan mendaftar sebagai sukarelawan, sama ada anda merancang untuk pergi sendiri atau dengan rakan-rakan, jangan risau! Mereka mencari sehingga 50,000 sukarelawan untuk Sukan Olimpik seterusnya!

Jadi, apakah kriteria yang harus anda penuhi?

View this post on Instagram

A post shared by Paris2024 (@paris2024)

Ia cukup mudah dan ringkas! Sukarelawan harus berumur lebih dari 18 tahun dan mesti mempunyai kemampuan untuk bercakap sekurang-kurangnya dua bahasa.

Sekiranya layak, anda akan diberi tugasan seperti urusan penginapan dan akreditasi, urusan ketibaan dan keberangkatan di stesen kereta api dan lapangan terbang. Manakala pada upacara rasmi, mengarahkan aliran penonton, memberikan bantuan bahasa, membantu mengatur kejohanan dan banyak lagi, seperti yang dinyatakan di laman web mereka.

Selain itu, sukarelawan juga harus meluangkan masa mereka ke acara tersebut, termasuk mengikuti percubaan yang akan berlangsung sebelum pertandingan.

Tunggu! Sebelum anda mula merancang apa-apa lagi, anda mesti mengetahui bahawa pendaftaran hanya akan dibuka pada awal 2023.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program sukarela ini, klik di sini!

olimpik 2024Paris
https://lomp.at/5m0ci
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore