Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Machines Lancar Pelan Perlindungan Peranti Serendah 42 Sen Sehari

by Phic ARMAN
November 24, 2017
Share on Facebook

Machines Sdn Bhd (Machines) hari ini secara rasmi telah melancarkan pelan perlindungan peranti untuk pelanggan di Malaysia. Dikenali sebagai Pelan Perlindungan Machines (Machines Protection Plan-MPP), pelan ini memberikan perlindungan terhadap kerosakan tidak sengaja seperti skrin retak dan rosak kerana air serendah 42 sen sehari.

MPP membolehkan pelanggan menikmati satu (1) penggantian skrin atau satu (1) penggantian peranti penuh dalam tempoh perlindungan dua (2) tahun. MPP dalam lingkungan antara RM299-RM899, bergantung pada model peranti yang dilindungi dan boleh diperolehi di kedai-kedai Machines yang berhampiran selepas pembelian peranti baru.

“MPP adalah pelan perlindungan yang komprehensif yang membolehkan kita memberi pelanggan-pelanggan kami ketenangan fikiran, dengan yakin bahawa mereka akan sentiasa dilindungi oleh MPP,” kata Andrew Cheng, Pengarah Machines.

Satu tinjauan oleh Otterbox Inc. pada tahun 2015 menyatakan bahawa 29% rakyat Malaysia secara tidak sengaja merosakkan telefon pintar mereka dalam tempoh tiga bulan pertama pembelian. Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa 75% pengguna telefon pintar Malaysia telah merosakkan peranti mereka hampir 3 kali dalam 5 tahun yang lalu.

Machines telah memilih Aon Insurance Brokers (Malaysia) Sdn Bhd (Aon Malaysia) sebagai broker insuransnya untuk menawarkan pelan perlindungan peranti ini.

Cheng menjelaskan bahawa MPP akan membantu mengurangkan kos pembaikan atau penggantian peranti mudah alih yang rosak yang perlu ditanggung oleh pelanggan.

“Kami juga berusaha melanjutkan MPP untuk memasukkan peranti baru yang dibeli dari sumber pihak ketiga seperti telco.”

Untuk maklumat lanjut, layari www.machines.com.m

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Applemachines
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara