Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Magnum Red Velvet Terbaru & Kempen #NeverStopPlaying

by Phic ARMAN
April 29, 2017
Share on Facebook

Magnum, ais krim premium keluaran Unilever Malaysia selalu mengetengahkan inovasi dalam mempersembahkan kenikmatan yang memanjakan para Pleasure Seekers. Kini, Magnum melancarkan varian terbarunya iaitu Magnum Red Velvet dengan kempen yang digelar #NeverStopPlaying,

“Sejak bila seorang dewasa yang moden dan sofistikated tiada masa untuk berseronok? Peluang berseronok sentiasa ada di sekeliling kita, tetapi kerapkali berlalu tanpa disedari atau dihargai,” kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan & Hidangan Ringan, Unilever Malaysia.

“Menerusi pelancaran Magnum Red Velvet – perisa kami yang paling menarik setakat ini – kami berharap untuk memberi inspirasi kepada Pleasure Seekers agar mengembalikan saat-saat bermain dalam kehidupan harian mereka. Tidak kira ketika berada di pejabat ataupun bersantai dengan rakan-rakan, kami menggalakkan setiap orang supaya jangan berhenti berseronok.”

Diinspirasikan oleh kek Red Velvet yang ikonik dan digemari ramai di kalangan rakyat Malaysia dan peminat di seluruh dunia, Magnum sekali lagi telah melangkaui batasan dengan mengeluarkan dan memperkenalkan perisa popular ini dalam bentuk aiskrim Magnum yang mewah.

Magnum Red Velvet – #NeverStopPlaying dengan rasa Manis dan Savuri

Sebagai pakar coklat, Magnum mempertingkatkan tahap inovasi dan kepakaran coklat dalam setiap ciptaan terbaru. Dengan Magnum Red Velvet, Magnum menawarkan perisa yang menarik serta menyeronokkan dan sofistikated.

Sejajar dengan tema “Never Stop Playing”, Magnum telah mencuba pelbagai rasa berbeza secara inovatif dalam penciptaan Magnum Red Velvet terbaru. Gigitlah lapisan coklat putih Belgium rapuh dan mewah yang diadun bersama keju krim, yang diperbuat daripada mentega koko terbaik – ciri coklat bermutu yang diyakini.

Topik Berkaitan Niat Simpan Makanan, Tapi Bertukar Jijik! Netizen Dedah Risiko Tinggal Makanan Dalam Raga Motor

Di dalamnya, ais krim koko halus bak baldu, diwarnakan merah secara semulajadi dan dilengkapi pusaran sos keju krim yang savuri, menggabungkan perisa kek Red Velvet klasik dalam bentuk aiskrim Magnum dengan rasa manis dan savuri yang diseimbangkan dengan sempurna.

Menggabungkan ciri sofistikated Magnum dengan rasa keseonokan yang hanya boleh diketengahkan melalui kemanisan coklat putih, Magnum Red Velvet adalah ciri keseronokan Magnum. Menggalakkan rakyat Malaysia supaya mencari keseronokan dalam apa jua perkara,

Magnum Red Velvet terbaru akan dapat mengembalikan sikap riang dan bersemangat yang pernah dirasai sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Kerjasama terbaru Magnum x Grab membawakan pengalaman #NeverStopPlaying hingga ke depan pintu anda

Bagi meraikan pelancaran Magnum Red Velvet terbaru dan membawa pengalaman #NeverStopPlaying kepada Pleasure Seekers, Magnum menyebarkan keseronokan menerusi kerjasama terbarunya dengan Grab, mencabar sang dewasa supaya mencari kenikmatan dan berseronok menurut apa cara yang mereka ingini.

Bermula 5hb hingga 9hb Mei 2017, Pleasure Seekers boleh membeli ciptaan Magnum Red Velvet yang eksklusif sempena pelancarannya pada harga RM30 menggunakan kad debit/kredit menerusi ikon GrabMagnum dalam aplikasi Grab. Nikmati tiga ciptaan aiskrim unik Magnum Red Velvet, satu-satunya dalam dunia dihantar terus ke depan pintu anda.

Dihiasi dengan hiasan menarik dan mewah termasuk kacang pistachio, gula-gula pop dan coklat marmar, setiap satu ciptaan yang direka penuh teliti menyampaikan kenikmatan

Magnum Red Velvet klasik dengan sentuhan kelainan yang unik dan menyeronokkan. Tawaran menyeronokkan dan istimewa ini boleh didapatkan di sekitar kawasan KLCC,

Bangsar, Petaling Jaya dan Damansara. Memandangkan aiskrim Magnum Red Velvet ciptaan eksklusif ini didatangkan dalam bilangan terhad, jadilah orang pertama mendapatkan kenikmatan girang ini. Serlahkan sifat riang anda dengan Magnum x Grab.

Penghantaran akan dilakukan dengan kenderaan #GrabMagnum yang mewah seperti berikut:

  • Hari biasa: 10 pagi – 5 petang
  • Hujung minggu: 10 pagi – 8 malam

Untuk syarat dan peraturan penuh, layari www.grb.to/MagnumRedVelvet. Untuk meraikan perisa paling menyeronokkan lagi mewah daripada Magnum setakat ini, kongsikan keseronokan Magnum Red Velvet anda menggunakan #NeverStopPlaying,

#MagnumMY dan #GrabMagnum.

Ikuti keseronokan di:

Facebook: www.facebook.com/MagnumMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/magnum/

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aiskirimicecreammagnummagnum malaysiamagnummymakananneverstopplayingred velvet
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Secret Recipe Hari Merdeka
Selera

Rai Hari Merdeka Ke-69 Dengan Promosi Menarik Dari Secret Recipe!

by Nurul A.
August 22, 2026

Semasa Malaysia bersiap sedia untuk meraikan Kemerdekaan, Secret Recipe memberi rakyat Malaysia satu lagi sebab untuk berkumpul, berkongsi dan meraikannya...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara