• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Mahalnya Harga Jam Tangan Cristiano Ronaldo Yang Baru, Boleh Beli Sebiji Rumah & Kereta!

by Soph Azz
June 1, 2023
Foto - @jacobandco (IG)

Foto - @jacobandco (IG)

Share on Facebook

Tak lagi asing dengan gaya hidupnya yang mewah, pemain bola sepak Cristiano Ronaldo (CR) sekali lagi mengejutkan orang ramai. Sering mempamerkan barangan fesyen yang mahal, kini CR mengongsikan gambar jam tangannya yang baru. Kalau stalk harganya, memang mengejutkan!

Bersempena dengan perpindahannya ke kelab bola sepak Arab Saudi, CR telah dihadiahkan jam tangan yang sangat cantik, eksklusif dan mewah daripada jenama Jacob & Co.

Foto – @jacobandco (IG)

Berdasarkan web rasmi Jacob & Co., jam tangan yang diberikan nama Caviar Tourbillion Tsavorites tersebut bernilai $770,000 (RM3.550,470). Jam tangan berwarna hijau tua itu dilengkapi dengan tali kulit buaya dalam rona yang sama. Manakala sarung 47mm ditutup dengan 241 batu permata hijau yang dipotong baguette.

Untuk pengetahuan kamu, warna hijau pada jam tangan tersebut sebenarnya mewakili bendera Arab Saudi.

Foto – Jacob & Co.

Psst… Berdasarkan beberapa sumber yang lain, jam tangan terbaru CR ini katanya tujuh ganda lebih mahal daripada kereta yang dibelinya suatu ketika dulu iaitu Range Rover Sport yang bernilai £100,000 (RM573,633.90).

Sekadar info, Jacob & Co., turut mengeluarkan koleksi jam tangan yang diilhamkan oleh Cristiano Ronaldo iaitu ‘Flight of CR7’ dan ‘Heart of CR7’.

Cristiano Ronaldo Sertai Fast & Furious, Peminat Terkejut Hingga Disangka AI
cr7cristiano ronaldojacob & cojacob and cojam tangan cristiano ronaldo
https://lomp.at/ugdqk
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  2. 2

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  3. 3

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore