Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Asia

Mahu Coco Lee Terus Hidup, Ibu Guna Kaedah Akupuntur Meskipun Doktor Umum Anak Sudah Mati Otak

by Puteri Alia
July 7, 2023
Share on Facebook

Tidak putus asa walaupun sudah tiada harapan, ibu mendiang bintang pop Asia, Coco Lee turut menggunakan kaedah akupuntur sebagai ikhtiar terakhir demi memastikan penyanyi itu terus hidup.

Momen menyedihkan tersebut dikongsikan kakak mendiang, Nancy dalam sebuah wawancara bersama media Hong Kong, baru-baru ini.

“Ibu kami yang berusia 84 tahun adalah pengamal rawatan tradisional China. Dia melakukan usaha terakhir setelah doktor mengatakan adik saya mati otak.

“Ibu kami tak mahu menyerah dan mencuba kaedah akupunktur di kepalanya (Coco Lee),” kata Nancy.

Namun doktor menasihatkan keluarga untuk berserah kerana tiada lagi harapan, tetapi Nancy meminta ibu mereka diberi peluang mencuba.

“Ibu kami kehilangan suami ketika berusia 40 tahun dan Coco lahir beberapa tahun sebelum itu. Ibu bekerja keras membesarkan kami bertiga.

“Jadi saya meminta doktor memberikan ibu dan Coco kesempatan, biarpun sangat tipis peluangnya,” ungkap anak sulung daripada tiga beradik itu.

Pada masa sama, pihak turut menafikan dakwaan konon-kononnya penyanyi itu mati akibat mengelar pergelangan tangan sendiri seperti yang tersebar media sosial.

Malah dakwaan seorang rakan dalam industri yang mengadakan penyanyi Asia pertama yang menembusi pasaran Amerika Syarikat itu menderita akibat kanser juga ditangkis Nancy.

Menurut Nancy, Coco memang pernah menghidap barah payu dara, tetapi penyakitnya itu telah sembuh.

Cuma akhir-akhir sebelum kematian, Coco yang mempunyai masalah kaki sejak dilahirkan baru menjalani pembedahan sehingga mengakibatkan berat badannya turun mendadak.

Seperti disahkan sebelum ini, Coco atau Ferren Lee Kelly, 48, meninggal dunia selepas tiga hari ditemui koma di kediamannya.

Difahamkan mayat mendiang akan dibedah siasat yang mengambil masa sekitar sebulan untuk mendapatkan keputusan.

Sumber terdekat menjangka, majlis pengebumian hanya dapat disempurnakan sekitar Ogos depan.

Sementara itu, banyak pihak tertanya-tanya keberadaan suami penghibur tersebut, Bruce Philip Rockowitz, 64, yang juga jutawan asal Kanada berpangkalan di Hong Kong.

Difahamkan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2011 itu sudah tidak sebumbung sejak dua tahun lalu, namun masih belum bercerai secara sah.

Rockowitz yang tiada di Hong Kong pada hari Coco dikejarkan ke hospital pada 2 Julai lalu turut menzahirkan kesedihan atas pemergian isterinya itu.

Semalam dunia muzik global dikejutkan dengan kematian penyanyi lagu A Love Before Time itu apabila disahkan menghembuskan nafas terakhir
di Hospital Queen Mary, Hong Kong.

Menyertai industri muzik dengan album solo, Love From Now On pada 1994, beliau memiliki 15 album dan mencatat rekod jualan puluhan juta unit.

Selain single berjudul Do You Want My Love berada pada nombor empat dalam US Billboard Disember 1999, Coco turut menjadi artis Asia pertama menyanyi di pentas Anugerah Akademi 2001.

coco lee
https://lomp.at/ajxec
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida ‘Survey’ Sekolah Baharu, Gelagat Anak-Anak Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
January 6, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff iaitu Datin Seri Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya bersama anak-anak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore