Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Penyanyi Dino Diserang Strok Gara-gara Makan Durian

by Nurul A.
August 7, 2025
Foto - The Sun Malaysia

Foto - The Sun Malaysia

Share on Facebook

Sekarang memang musim durian tapi pesan Murai, makan biar berpada-pada.

Baru-baru ini ahli Nico G, kumpulan hip hop yang popular pada tahun 90-an, Dino telah diserang angin ahmar atau strok. Dino atau nama sebenarnya, Mohd Shah Rosli, memberitahu insiden itu berlaku pada tiga minggu yang lalu dan menyebabkan bahagian kanan badannya tidak boleh bergerak seperti biasa.

Memetik kenyataan Dino daripada Berita Harian, ahli kumpulan Nico G itu mendedahkan strok tersebut berlaku disebabkan oleh pemakanan tidak dikawal dan merokok secara berlebihan.

Foto – Nico G (FB)

“Saya suka durian dan setiap kali tiba musim, saya mesti makan. Sehari sebelum kejadian (diserang strok), saya makan tujuh biji durian kampung. Esok paginya terus jadi macam ini. Saya juga merokok sejak usia muda. Jadi itu mungkin menyumbang kepada masalah kesihatan saya.”

Foto – Nico G (FB)

Sekadar info, pengambilan durian dalam jumlah yang banyak dan tidak terkawal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan termasuklah peningkatan berat badan, masalah pencernaan, peningkatan gula darah, rasa panas dalam badan hingga mabuk durian.

Foto – Nico G (FB)

Dino juga mendedahkan pada awalnya pergerakan menjadi terbatas dan percakapan tidak berapa jelas dan susah untuk orang faham. Tetapi berkat kesabaran dan usaha, kesihatannya kini semakin pulih.

“Ketika awal serangan strok, saya tak boleh bergerak sangat. Hendak bercakap pun tidak jelas. Tetapi hari ke hari saya cuba lawan dan usaha, akhirnya semakin baik daripada sebelum. Saya kena selalu ambil ubat cairkan darah supaya tiada kolestrol yang tersumbat.”

Dino yang kini bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah terpaksa mengambil cuti sakit berikutan masalah kesihatan.

“Buat masa ini, majikan beri saya cuti sehingga pulih. Sebelum ini majikan bantu saya dengan sumbangan RM500. Tetapi selepas sebulan, saya sudah tiada pendapatan.”

Team Murai doakan supaya Dino kembali sihat seperti sedia kala!

angin ahmardinodino angin ahmarmohd shah roslinico gstrok
https://lomp.at/rmoyf
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via Instagram @zarazya
Lokal

Zara Zya Dedah Wajah Netizen Beri Komen Biadab-“Kesian Pada Diri Kamu..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Zara Zya tampil mendedahkan wajah salah seorang netizen yang memberikan komen biadab terhadapnya di media sosial, baru-baru ini. Dedah...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore