Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Makan Pisang Saja Boleh Elak Perut Jadi Buncit, Betul Ke?

by Soph Azz
March 30, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah buah pisang yang tinggi kandungan karbohidrat boleh kurangkan dan elak berlakunya perut buncit… Jawapannya ya!

Sekadar info, sebiji pisang bersaiz sederhana mempunyai sekitar 105 kalori, 27g karbohidrat, 3g serat yang mengenyangkan dan 14g gula asli.

Makan sebiji pisang sahaja, kamu boleh rasa kenyang untuk jangka masa  yang lama. Malah kalau nak turunkan berat badan dan atasi masalah perut buncit pun, pisang boleh bantu kamu. Ini kerana buah pisang mempunyai beberapa manfaat seperti:

‘Bahan api’ untuk atlet 

Popular dalam kalangan atlet, pisang ada kandungan glucose yang cukup untuk badan. Gulanya yang mudah dihadam itu bukan saja bagi tenaga yang optimum tetapi boleh tambahkan tenaga yang habis ketika bersenam atau bersukan.

Foto – Pinterest

Psst… Pisang kaya dengan kalium iaitu elektrolit yang mengelakkan kekejangan otot dan pening selepas lakukan senaman berat.

Boleh sekat selera makan 

Jarang orang suka makan pisang hijau kerana pisang ni tak terlalu masak dan masih keras. Walaupun belum masak dengan sempurna, pisang ini ada kanji yang tak boleh dipecahkan oleh enzim pencernaan dan ia membentuk satu sebatian yang boleh sekat selera makan serta sebabkan pengoksidan lemak lebih cekap.

Tahap pembakaran lemak lebih tinggi 

Untuk bakar lemak kamu dengan cepat (ada kajian kata boleh bakar sebanyak 23%), saranan Miss Murai adalah kamu cuba makan pisang yang  belum masak yang berwarna hijau. Rasanya agak pahit, dan disyorkan untuk kamu ambil sebagai smoothie.

Foto – Pinterest

Sama ada campurkan dengan sayur atau buah yang lain, kamu juga boleh tambahkan yogurt, kayu manis, madu atau pun kacang untuk tutup rasa pahitnya.

Mampu hilangkan angin dalam badan 

Selalu rasa perut kembung dan berangin? Cuba makan buah pisang dengan kerap kerana buah ini adalah sumber serat prebiotik yang baik.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita yang makan pisang saiz kecil dua kali sehari sebagai snek sebelum makan selama dua bulan, boleh kurangkan perut kembung sebanyak 50%.

Foto – Pinterest

Buah pisang boleh bantu memberi makan pada bakteria usus yang baik dan tingkatkan penghadaman. Jadi kalau kamu putuskan nak makan pisang, pastikan kamu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam diet.

Kalau rasa perut tengah buncit atau baru nampak tanda-tandanya, bolehlah makan buah pisang ye… Selamat beramal ~

diet pisangkebaikan buah pisangpisang bagi perut kempis
https://lomp.at/208h0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore