• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Makin Lama Makin Melampau Jumlah Pendatang, Pelajar Indonesia Nekad Halau Balik Pelarian Rohingya

by Puteri Alia
December 28, 2023
Share on Facebook

Sekumpulan besar pelajar Indonesia menyerbu pusat penempatan yang diduduki ratusan pelarian Rohingya dari Myanmar di Banda Aceh.

Matlamat serbuan tersebut antara lain menuntut pelarian Rohingya di bandar itu dihantar pulang ke negara asal, susulan peningkatan ketegangan antara masyarakat setempat dengan kumpulan pelarian tersebut yang memasuki Indonesia dalam jumlah yang ramai.

Bagaimanapun, jurucakap polis di Banda Aceh tidak memberi sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan. Rakaman oleh Reuters menunjukkan kumpulan pelajar tersebut berlari ke ruang bawah bangunan yang menempatkan kumpulan pelarian itu, sehingga menyebabkan mereka ketakutan.

Pelarian Rohingya kemudiannya dibawa keluar oleh pihak berkuasa ke tempat perlindungan alternatif ketika ketegangan semakin memuncak.

Sejak kebelakangan ini, kedatangan kumpulan minoriti ini ditolak di Indonesia apabila penduduk tempatan semakin kecewa dengan peningkatan ketibaan jumlah bot haram.

Sebelum ini, Presiden Indonesia Joko Widodo menyalahkan lonjakan ketibaan baru-baru ini atas pemerdagangan manusia dan telah berjanji untuk bekerjasama dengan organisasi antarabangsa untuk menawarkan tempat tinggal sementara.

Ketibaan pelarian Rohingya meningkat antara November dan April, apabila keadaan laut tidak bergelora, menyebabkan kumpulan pelarian ini menaiki bot ke negara jiran seperti Thailand, Indonesia serta Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam

Rohingya
https://lomp.at/pv8jt
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Dunia

10 Selebriti Lelaki Paling Kacak Di Dunia Sepanjang Tahun 2021

by Jash Lee
December 11, 2021

Kecantikan dan ketampanan seseorang itu adalah sangat subjektif. Itu bermakna, setiap orang mempunyai definisi yang tersendiri tentang kecantikan dan juga...

Read moreDetails
Dunia

Senarai Negara Terpaling Kecil Dalam Dunia, Ada Yang Hanya 7 Penduduk Saja!

by Soph Azz
November 3, 2023

Rasanya ramai yang tak tahu sebenarnya dalam dunia ini ada beberapa negara yang sangat kecil; sama ada kecil dari segi...

Read moreDetails
Dunia

Kenapa Burung Tidak Terkena Renjatan Bila Bertenggek Di kabel Elektrik? Ini Sebabnya!

by Jash Lee
July 17, 2023

Pernah tidak bila anda keluar rumah lalu lihat banyak burung yang bertenggek di kabel-kabel elektrik, namun tiada apa yang terjadi...

Read moreDetails
Dunia

Kubur Orang Yahudi Di Penang Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu!

by Jash Lee
November 17, 2023

Pernahkah anda terfikir bahawa orang yahudi mempunyai kubur di Malaysia ini? ya ada! Terletak di Georgetown, penang, kubur yahudi merupakan...

Read moreDetails
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Dunia

Orang Kelantan Tidak Boleh Makan Ikan Kekacang, Betul Ke Itu Satu Sumpahan?

by Jash Lee
July 10, 2023

Betul ke orang Kelantan terkena sumpahan ikan kekacang? mari sama-sama kita lihat! Jika di belah Perak, biasanya kita anda dengar...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore