Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

“Mama Hasut Papa, Papa Pulak Pukul”- Sodiq Anak Johan Raja Lawak

by Ayu Kamaruddin
December 22, 2025
281
KONGSIAN
Share on Facebook

Anak kedua kepada pelawak Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz atau Johan Raja Lawak dan isteri Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn iaitu Ahmad Sodiq Hanania atau lebih dikenali sebagai Sodiq, sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila muncul dalam segmen Borak SeeNI. Gelagat Sodiq yang terlalu jujur buat penonton geli hati, terutama ketika dia di soal pilih mama ke papa, jawapan jujurnya terus “expose” rahsia keluarga dengan penuh gelak!

Dalam video pendek yang viral di Instagram @jozlynnhanania, soalan pertama yang diajukan, “Siapa paling garang?” membuatkan Sodiq pening sekejap nak jawab apa. Mama (Ozlyn) terus claim,

“Mama masak sedap untuk Diq, mama masak banyak tadi semua lauk fav Sodiq!”

Di belakang, papa (Johan) pula tumbuk-tumbuk banner nak tunjuk kalau sodiq salah sebut ni siap dia.

“Dia macam ni, kalau yang marah tu selalu mama lah, pastu nanti dia hasut papa, pastu papa pulak pukul” jujur Sodiq.

“Eh kenapa kau cakap mama hasut papa?” Ozlyn terus protes.

“Satu aib dh keluar” Johan bantai gelak.

“Takpe, balik kita settle,” jawab Ozlyn manja.

Antara Papa Dengan Mama Siapa Yang Senang hulur duit?

Sodiq jawab pantas “Mama!”, dan mama gelak: “Hahahaha kau yang teruk semua aku lah!”

Walau bagaimanapun, Johan akui dia memang sukar untuk memberikan keinginan anak-anak dalam bentuk wang, tapi kalau barang, dia akan pertimbangkan asalkan ia keperluan dan bukan sekadar kehendak.

Sodiq Paling Manja Dengan Papa Ke Mama?

“Papa lah! Snooker mama bayar tapi main dengan papa, PS mama beli tapi main dengan papa, bowling mama bagi duit tapi main dengan papa!” jawab Sodiq selamba.

Siapa yang banyak bagi nasihat?

Sodiq jawab “Papa!”, laju Johan menyampuk,

“Laju dia cakap, budak-budak kalau jujur laju dia cakap!”

View this post on Instagram

Reaksi netizen pun tak ketinggalan, ramai yang terpukau dengan gelagat dan perubahan Sodiq yang dah makin dewasa.

“Handsome budak ni, dari kecik lagi.”

“Wei bila si Sodiq ni membesar? Rasa mcm baru tengok dia kecil-kecil. Aku ni dh tua sangat ke”

Sekadar info tambahan, Johan Raja Lawak atau nama sebenar Tuan Haji Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz, terkenal sebagai pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio ERA/Hot FM, meletup sejak Raja Lawak 2007 dan juara Maharaja Lawak Mega 2012 dengan duo Jozan.

Bersama isteri, Rozlinawaty Ismail, pelakon dan pengacara yang juga merangkap manager Johan, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Julai 2009 dan kini dikurniakan 6 anak lelaki comel iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq, yang sering mencuri perhatian netizen melalui momen keluarga yang sering di kongsikan di Instagram @jozlynnhanania. Segmen ini boleh ditonton secara langsung Selasa-Jumaat, 11 pagi di Astro Prima, strim melalui Astro Go, aplikasi seeNI, atau di YouTube Borak SeeNI untuk yang terlepas live.

[VIDEO] Hantar Anak Ke Rumah Yatim Selama 3 Hari, Johan Perjelas Sebabnya- "Hukuman Untuk Diri Dia"
Johan raja lawajozlynseeNISodiq
https://lomp.at/hfgpp
Share112Tweet70SendShare

KINI TRENDING

via Grok
Sosial Buzz

Nak Renew Rumah Kena Sewa Kereta Sekali? Penyewa Terkejut Dengan Syarat ‘Combo’ Tuan Rumah

by Naja Nix
March 4, 2026

Kontrak Hampir Tamat, Tapi Datang Syarat Luar Jangka Seorang penyewa meluahkan rasa tidak puas hati selepas dimaklumkan bahawa kontrak rumah...

Read moreDetails
Automotif

Toyota Lancar Model Hibrid Termurah, Harga Bermula RM103,900 Paling Mampu Milik

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport,...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
SuaraNETZ

Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

by Phic ARMAN
March 17, 2026

Musim Raya ni memang tak lengkap tanpa duit raya, kan? Tapi baru-baru ni, satu video TikTok jadi tular sebab seorang...

Read moreDetails
Insentif

Diskaun Tol 50% Aidilfitri 2026 Diumumkan, Ini Tarikh Rakyat Boleh Nikmati Potongan

by Ayu Kamaruddin
March 18, 2026

Menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, berita ini pastinya membuatkan ramai tersenyum lebar. Kerajaan mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara