• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sukan

Manchester United Membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia

by Zaidin Albert
February 19, 2018
Share on Facebook

Manchester United buat julung-julung kalinya akan membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia. Ia merupakan acara khas yang dianjurkan oleh kelab yang berpangkalan di Manchester tersebut dimana penyokong United dapat berkumpul dan menyaksikan siaran langsung beramai-ramai.

#ILOVEUNITED akan berlangsung pada Sabtu, 10 Mac bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur di mana Manchester United akan bertemu seteru kelab, Liverpool dalam perlawanan yang dinantikan oleh para peminat.

Acara eksklusif ini telah dianjurkan di beberapa lokasi di seluruh dunia dan United teruja untuk membawakannya buat pertama kali ke Malaysia dan acara ini adalah terbuka dan percuma untuk penyokong.

Duta Manchester United, Dwight Yorke dan Dennis Irwin disertai Legenda Kelab, David May, akan hadir untuk bertemu para peminat selain berpeluang untuk mendalami budaya tempatan di samping memberi pandangan dan analisis perlawanan.

Peminat juga akan dihiburkan dengan acara hiburan, dan peraduan dimana peminat berpeluang memenangi trip VIP ke Old Trafford. Acara ini juga peluang dimana peminat seluruh dunia dapat berhubung secara interaktif untuk muat naik gambar dan video mereka bersorak untuk pasukan mereka.

#ILOVEUNITED adalah acara percuma kepada semua dan peminat United yang berminat diminta untuk memohon secara talian tiket masuk dengan melayari www.manutd.com/iloveunited sebelum 12 tengah malam 4 Mac. Setiap permohonan kemudiannya akan diundi dan tiket dikeluarkan secara rawak. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan menerusi email tidak lewat dari 6 Mac.

Bagi peminat yang telah pun mendaftar secara rasmi ahli kelab penyokong rasmi Official Manchester United, mereka diberi jaminan untuk mendapat tiket kemasukan ke acara tersebut dengan memasukkan nombor keahlian semasa proses permohonan.

Pengarah Urusan Kumpulan Manchester United, Richard Arnold berkata:

“Kelab ini mempunyai hubungan dan persefahaman yangbaik dengan Malaysia. Kami gembira dapat kembali ke sana untuk menganjurkan tayangan siaran langsung perlawanan paling ditunggu-tunggu musim ini buat pertama kalinya di negara ini.

Manchester United mempunyai 8 juta penyokong setia termasuk di Malaysia dan #ILOVEUNITED pastinya akan menjadi acara yang tidak akan dilupakan penyokong-penyokong yang hadir.

Acara #ILOVEUNITED sebelum ini telah dihadiri ribuan penyokong sekaligus mewujudkan suasana yang hebat di kalangan peminat keluarga di seluruh dunia dan elemen interaktif akan membawa mereka lebih rapat bersama. “

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Akses hanya akan diberikan kepada mereka yang mempunyai tiket yang sah. Sila lihat laman web untuk maklumat lanjut.

** Peminat tidak perlu menjadi ahli rasmi untuk memohon tiket.

#ILOVEUNITEDManchester United
https://lomp.at/t84o3
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sukan

“Patut lah Layan Aku Macam Sampah” – Perkongsian Isteri Faisal Halim Cetus Tanda Tanya!

by Aphit J.
November 15, 2025

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila isteri pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahri, didakwa...

Read more
Sukan

Aksi Tanpa Batas: RTM Dedah Dunia Sukan Lasak Yang Luar Biasa Bersama Taufik Hanafi

RTM mempersembahkan program majalah sukan terbaru, Aksi Tanpa Batas, yang membawa penonton meneroka 13 jenis sukan unik dan lasak bersama...

Read more
by Aphit J.
October 12, 2025
Sukan

John Nzau Mwangangi Dari Kenya Raih Kemenangan Di KLSCM 2025

Kejohanan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025 menyaksikan pelari berasal dari Kenya, John Nzau Mwangangi berjaya menamatkan Marathon Penuh...

Read more
by Naddy Joe
October 7, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem