Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ramai Terkejut! Julai Bulan Terakhir Empat Penyampai Radio Ini Berkhidmat

Bukan satu tetapi empat penyampai radio ini telah mengucapkan selamat tinggal kepada para pendengar setia mereka

by Khai Azfar
July 23, 2021
Share on Facebook

Bukan satu tetapi empat penyampai radio ini telah mengucapkan selamat tinggal kepada para pendengar setia mereka. Ada yang sudah lama berkhidmat dengan stesen radio masing-masing dan tidak kurang juga ada yang baru sahaja ingin menimba pengalaman sebagai seorang penyampai radio.

Issey

Bermula dengan penyampai radio Suria FM, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham bin Mat Hussin telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak perkhidmatannya yang bertarikh 31 Julai 2021 bersama stesen radio Suria FM. 16 Julai lalu merupakan hari terakhir Issey berkhidmat bersama Suria menerusi slot Team Pagi Suria.

View this post on Instagram

A post shared by Issey Fazlisham (@isseyfazlisham)

Menerusi sebuah kenyataan media Suria FM, Issey tamat lebih awal berikutan menghabiskan cutinya yang masih berbaki dan tidak menyambung kontraknya kerana mempunyai perancangan kerjayanya tersendiri di dalam dunia hiburan.

Fizie & Mark Adam

Siapa sangka, gandingan trio Geng Pagi Hot yang terdiri daripada Fizie, Mark Adam dan Riena Diana terhenti seketika berikutan dua daripada mereka telah pun mengucapkan selamat tinggal kepada stesen radio tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by fizie_roslan (@fizie_hotfm)

Sejurus mengumumkan hari terakhir mereka berkhidmat, sehingga kini masih ramai yang tidak tahu dan terkejut apabila mengetahui Fizie dan Mark tidak lagi bersama Hot FM. Tarikh 21 Julai lalu merupakan hari terakhir pada pendengar dapat mendengar suara mereka setelah ditamatkan kontrak lebih awal. Bagaimanapun, Riena masih terus berkhidmat di Hot FM.

View this post on Instagram

A post shared by Mark Adam (@markadam1079)

Sebagai info, Fizie telah berkhidmat hampir 10 tahun di stesen radio Hot FM manakala Mark pula baru bersama stesen radio itu selama enam bulan.

Rea

View this post on Instagram

A post shared by Tengku Rea (@tengku.rea)


Tindakan penyampai radio Kool FM, Rea menukar nama akaun Instagram nya kepada @tengku.rea baru-baru ini menimbulkan spekulasi ramai apabila ramai menyangka bahawa dia akan meninggal stesen radio tersebut. Rea yang sebelum ini menggunakan @rea_koolfm tidak lama kemudian mengesahkan berita tersebut. Memetik laporan BH Online, Rea atau nama sebenarnya, Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad belum bersedia berkongsi sebarang maklumat mengenai pengunduran dirinya pada masa terdekat ini.

Untuk rekod, Rea pernah bergelar penyampai radio Hot FM selama empat tahun manakala bersama Kool FM juga selama empat tahun.

Difahamkan, rangkaian radio Media Prima Berhad (MBP), RIPPLE melaksanakan rancangan transformasi perniagaan membabitkan perubahan operasi termasuk kandungan dan barisan penyampai untuk semua rangkaian radio MPB.

Mark Adam Anggap Diri Sudah 'Menang' Sebelum Bertanding Di GV12, Peminat Terharu!-"Terima Kasih Ezan.."
fizie hot fmhot fmIsseyKool FMmark adamrea kool fm
https://lomp.at/lj4qo
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Lokal

Adriana Adnan Pernah Diminta Cipta Kontroversi Untuk Kekal Relevan-“Maruah Diri & Keluarga Lebih Penting..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mempersoalkan tindakan pihak terlibat dalam industri seni tempatan yang kadangkala seolah-olah cuba menjatuhkan dan membuatnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore