Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026
Share on Facebook

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana.

Mas Khan atau nama penuhnya Mas Hidzir bin Mas Fadzillah Khan menerusi video yang dimuatnaik di Instagram turut menitipkan doa agar kediaman kecil mereka akan terus diberkati dan dipenuhi ketenangan.

“Syukur Alhamdulillah. A new chapter begins for us. 🏡. Rumah ini bukan sekadar dinding dan bumbung. Ini tempat kami bina kehidupan, tempat kami ketawa, belajar sabar, dan saling menjaga. Dari dua hati yang berjanji di hadapan Allah…Sekarang kami melangkah ke rumah baru dengan satu doa yang sama.

Ya Allah, berkatilah rumah kecil kami ini dengan sakinah, mawaddah, dan rahmah. Jadikan setiap sudutnya tempat yang dipenuhi kasih sayang, rezeki yang halal, dan ketenangan. Dan jika Engkau izinkan, kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah yang akan memenuhi rumah ini dengan suara kecil, tawa, dan kebahagiaan.

Bismillah untuk perjalanan baru kami. Semoga rumah ini menjadi tempat lahirnya seribu kenangan indah.”-kongsi Mas Khan di Instagram

View this post on Instagram

“Semoga Allah Terus Melimpahkan Berkat…”

Menjengah ruangan komen, perkongsian Mas Khan dibanjiri dengan ucapan tahniah buat pelakon ini yang memiliki kediaman baharu, malah ramai yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

“Semoga Allah terus melimpahkan berkat dan rahmat pada kamu berdua brother ❤️❤️.”

“Congrats Mas, rumah baru, doa baru, harapan baru. Moga setiap langkah dalam rumah ini membawa keberkahan, dan setiap senyuman dalam rumah tangga jadi asbab bahagia sampai syurga.”

“May Allah ease everything for both of you always and nothing i could wish other than happiness for your fam brother ❤️.”

“MasyaAllah Tabarakallah, cantiknya rumah. Semoga rezeki semakin dilimpahi dan dipermudahkan urusan.”

Sekadar info, Mas Khan mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya Anastasha Diana pada 18 Jun 2025 di sebuah dewan acara di Gombak.

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan dan Mas Khan menyerahkan mas kahwin berjumpah RM1,497 berserta wang hantaran RM20,000.

[VIDEO] Mas Khan Sebak Kerana Terlalu Cepat Menilai Luaran Manusia
mas khan
https://lomp.at/pmsuu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Berita

Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!

by Naddy Joe
January 16, 2026

Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima tampil membidas DM (Direct Messages) salah seorang netizen yang menganggap hasil karyanya mengarut dan...

Read moreDetails
Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore