Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Anak Masih Kecil Lagi, Priyanka Chopra Dah Tindik Telinga. Doktor Jelas Umur & Risiko Kena Tahu

by Lisa Ghani
March 13, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

Share on Facebook

Selamat atau tidak, tindik telinga si kecil, atau lebih spesifik untuk yang masih bayi lagi? Menindik telinga anak ketika masih bayi akan menyebabkan mereka lebih mudah mendapat infeksi. Ini kerana mereka masih belum mempunyai sistem imuniti yang kuat.

Tetapi lumrahlah ada ibu bapa yang tidak kisah untuk menembak telinga sedari kecil, dan ada juga yang tidak menyukainya. Mereka memilih untuk lakukan bila si kecil sudah meningkat besar. Tepuk dada tanya selera, yang mana baik untuk anak kamu.

Mengupas hal ini, beberapa selebriti ‘rela’ menindik telinga anak mereka. Kerana itu mereka terpaksa mengadap tempias negatif netizen.

Foto – IG @khloekardashian/@kyliejenner

Kylie Jenner, ibu muda ini pernah berkongsi foto anak perempuannya Stormi memakai subang berlian ketika dia berusia enam bulan. Seperti adiknya Kylie, Khloé Kardashian memutuskan untuk menindik telinga anak perempuannya. Ketika True berumur dua bulan, subang berlian cantik terletak di telinganya.

Malah Priyanka Chopra juga. Apabila ayah dan bapa saudaranya menerima bintang di Walk of Fame Hollywood, Malti Marie Jonas akhirnya membuat penampilan pertama secara terbuka. Dia dilihat duduk di pangkuan ibunya Priyanka, memakai pakaian putih dan subang yang sepadan. Dia berumur kira-kira setahun.

Tapi apa pula kata doktor?

Foto – Getty

Umur sepatutnya dan risiko tindik telinga bayi

Dipetik daripada WebMd, tiada garis panduan tetap untuk menindik telinga bayi. Pilihan akhirnya terletak pada ibu bapa. Adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar pediatrik. Namun, ramai yang mencadangkan menunggu sehingga bayi berusia kira-kira tiga bulan atau enam bulan ke atas.

Sesetengah ibu bapa memilih untuk melakukannya semasa bayi, manakala yang lain lebih suka menunggu sehingga kanak-kanak itu cukup besar.  Menindik telinga tidak semestinya lebih berbahaya kepada bayi berbanding orang dewasa, kerana komplikasi boleh berlaku tanpa mengira usia.

Aktres Jelita Ini Gelar Priyanka Chopra "Selfish & Hanya Dirinya" Dalam Industri Hollywood

Kemungkinan risiko yang berlaku bila menindik telinga bayi

  • Luka dan pendarahan
  • Pembengkakan
  • Kegatalan
  • Reaksi alahan terhadap jarum atau anting-anting yang menyentuh kulit
  • Mendapat infeksi kuman seperti nanah
  • Membentuk parut atau keloids

Jika risiko-risiko ini marin memburukkan telinga si kecil, segera dibawa berjumpa dengan doktor. Ingat, sebelum lakukan sesuatu pada si kecil, dapatkan nasihat pakar.

Selamat beramal!

priyanka chopratindik telinga
https://lomp.at/rknmd
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore