Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

‘Matanglah Sikit’- Hans Isaac Selar Tindakan Selebriti Bergimik

by Khai Azfar
September 5, 2018
Share on Facebook

Sejak kebelakangan ini begitu ramai selebriti yang dikatakan ‘bermain dengan gimik’ bagi membantu menaikkan lagi nama mereka. Malah tidak keterlaluan untuk kami katakan 2018 adalah tahun yang penuh dengan gimik!

Datuk Hans Isaac Enggan Ambil Selebriti ‘Penuh Gimik’

Bagi mendapatkan pandangan dari seorang selebriti yang lebih senior, pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac ketika ditemui murai.my berkata dia sama sekali kecewa dengan sikap sesetengah selebriti yang melakukan gimik tidak masuk akal hanya bagi mempromosikan projek terbaru mereka.

Mengimbas kembali perjalanannya sebagai anak seni, Hans berkata dia dan rakan-rakan seangkatannya dahulu terpaksa bekerja keras bagi menaikkan nama mereka. Malah melihatkan pelbagai isu yangh melibatkan gimik selebriti, dia sama sekali tidak akan bekerjasama dengan golongan ini dan lebih suka melihat mereka yang berjaya kerana bakat yang dimiliki.

“Apa yang saya boleh cakap, matanglah sikit. Kita tak perlukan gimik bodoh untuk naikkan nama. Malah sekarang semua boleh jadi selebriti, tapi adakah selebriti ini naik kerana bakat?”

Teruja Sertai Celebrity Car Wars

Dalam perkembangan lain, pengarah berusia 47 tahun ini sedang giat mempromosikan rancangan realitinya yang terbaru bersama 5 orang selebriti Asia terkenal. Menerusi Celebrity Car Wars, Hans bertindak sebagai salah seorang peserta bagi melaksanakan pelbagai cabaran automotif.

” Sebenarnya masa itu saya di Melbourne dan dapat panggilan daripada sebuah syarikat ingin berjumpa dengan saya, kebetulan pula waktu itu syarikat itu juga di Melbourne, jadi kita telah berjumpa dan berbincang untuk Celebrity Car Wars ini dan saya membuat keputusan untuk bersama mereka dan menolak tawaran sebuah projek penggambaran”

Berkongsi perasaan terujanya, bagi Hans dia berasa bertuah kerana dipilih mewakili Malaysia berentap bersama selebriti negara lain. Menyifatkan sebagai peluang terbesar memperkenalkan industri Malaysia di negara lain, aksi selebriti-selebriti ini boleh dilihat menerusi saluran History bermula 9 September ini.

celebrity car warshans isaac
https://lomp.at/sl26n
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
via Grok
Sosial Buzz

Pengalaman Tidak Menyenangkan Di Butik Kosmetik Undang Reaksi Netizen

by Naja Nix
February 1, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap layanan yang diterimanya ketika...

Read moreDetails
Insentif

Dana DEWI Dibuka Khas Untuk Usahawan Wanita, Ini Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan

by Ayu Kamaruddin
March 10, 2026

Golongan usahawan wanita kini mempunyai peluang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan apabila kerajaan memperkenalkan Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI). Inisiatif...

Read moreDetails
Foto - @akuamysearch (IG) / @kupu_kupu (IG)
Lokal

“Soal Berdamai Tanya Pihak Sana”- Nabila Huda

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock Datuk Amy Search masih belum menjumpai jalan penyelesaian. Menurut kenyataan...

Read moreDetails
Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara