Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Meerfly Tampil Dengan ‘Luar Safezone’, Lagu Tema Liga Asia Tenggara Pubg Mobile

by Arsiqin Yusof
November 3, 2022
Share on Facebook

Setelah kejayaan ‘Haa Tepok’ kolaborasi bersama MK K-Clique dan Kidd Santhe 2 tahun yang lepas, nama Meerfly kini tidak lagi asing dalam dunia seni muzik hip-hop. Selepas itu, Meerfly terus melancarkan single-single nya iaitu ‘Makan Cili’, ‘Boleh’ kolaborasi bersama Yonnyboii, ‘Aku Nak’, ‘Koyak’ kolaborasi bersama Caprice, ‘Lai Lah’ kolaborasi bersama Caprice & Cherry, ‘Bukan Orang Senang’ kolaborasi bersama Guccimith serta ‘Sis’ yang telah dilancarkan pada Januari lepas.

MeerFly Ada Pendirian Sendiri

Terbaru, Meerfly mengorak Langkah dengan melancarkan pula single yang berjudul ‘LUAR SAFEZONE’ yang menjadi lagu tema untuk permainan mobil terkenal, PUBG dalam Liga Asia Tenggara Pubg Mobile (Pro League Southeast Asia Pubg Mobile).

“Gangsa atau emas, tapau balik dan ia adalah mentaliti yang saya terapkan sehingga saya mencapai semua yang saya ada dalam hidup saya sekarang. Datang dari kehidupan yang agak susah, saya tidak mempunyai pilihan untuk memilih kehidupan yang saya impikan. Saya terpaksa keluar dan perlu memastikan semuanya cukup untuk keluarga saya. Semasa kita semua hidup dan belajar, apa yang berlaku apabila kita mempunyai mentaliti ini dalam diri ialah, kita menjadi tidak akan berhenti selagi tidak kecapi apa yang kita mahukan dan apa sahaja warna pingat yang kita perolehi, tidak penting bagi kita. Daripada menangis kerana tidak mendapat pingat emas, kita perlu mengasah senjata untuk pertempuran seterusnya yang akan datang.

“Bagi saya, menulis lagu ini seperti mengekspresikan diri saya, kisah kehidupan sebenar, semuanya dari hati dan bukannya menulis dongeng. Dan ‘LUAR SAFEZONE’ ini tidak hanya menggambarkan tentang saya, ia juga tentang orang yang bekerja keras di luar sana sekarang,” katanya.

Pihak PUBG Mobile Berbesar Hati

Wakil dari PUBG Mobile pula berkata pihak mereka amat berbesar hati atas kerjasama bersama MeerFly itu.

”Kami amat berbesar hati kerana MeerFly sudi bekerjasama dengan PUBG MOBILE untuk Liga Asia Tenggara Pubg Mobile (Pro League Southeast Asia Pubg Mobile). Meerfly dilihat sebagai inspirasi kepada belia Malaysia untuk tidak berputus asa dengan apa yang mereka ingin kecapi. Lirik lagu dan video muziknya yang unik mencerminkan nilai untuk menjadi diri sendiri dan bukannya seperti yang orang lain mahukan.

“MeerFly ialah seorang gamer yang dikenali, dan meminta beliau mencipta karya agung untuk Liga Asia Tenggara PUBG Mobile akan menjadi tema yang sesuai untuk lagu trek untuk musim ini. Ia memberi mesej motivasi kepada pemain Malaysia bahawa tidak kira apa yang anda lakukan atau apa keputusannya, lakukan untuk diri sendiri, lakukan untuk keluarga dan lakukan dengan penuh semangat. Jangan melihat ke belakang, dan sentiasa berbangga dengan sejauh mana anda telah capai,” jelasnya.

‘LUAR SAFEZONE’ merupakan terbitan Warner Music Malaysia dan ianya boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 OKTOBER 2022 manakala video lirik rasmi ‘LUAR SAFEZONE’ boleh ditonton di saluran YouTube Meerfly dan juga muzik video rasmi ‘LUAR SAFEZONE’ boleh ditonton di saluran YouTube PUBG MOBILE Malaysia bermula 19 OKTOBER 2022.

MeerFly
https://lomp.at/m65m0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @iamellymazlein (IG)
Lokal

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

by Nurul A.
January 23, 2026

Pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila mendedahkan dia telah menerima pujian daripada pendakwah Ustazah...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore