• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Meerqeen Pun Bangga! Elrah Exclusive Hiasi Papan Iklan Gergasi Sebelah Menara TRX

by Phic ARMAN
March 15, 2023
Share on Facebook

Jenama pakaian tempatan popular, Elrah Exclusive mencipta sejarah tersendiri apabila iklan baju rayanya secara eksklusif menghiasi papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw bersebelahan menara TRX sejak 15 Mac lalu.

Malah, jenama tempatan itu mencipta rekod dan sejarah pertama menghiasi sudut iklan lokasi berkenaan yang selama ini didominasi jenama antarabangsa dan mewah.

Malah, projek mega iklan berkenaan yang terpampang setiap malam dari jam 8 hingga 12 tengah malam selama tempoh lebih kurang dua bulan itu dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit.

Pemandangan dari udara memaparkan iklan raya Elrah Exclusive yang tersergam megah di dinding menara bangunan TSLaw
Pemandangan dari udara memaparkan iklan raya Elrah Exclusive yang tersergam megah di dinding menara bangunan TSLaw
Pemandangan dari udara memaparkan iklan raya Elrah Exclusive yang tersergam megah di dinding menara bangunan TSLaw
https://murai.my/wp-content/uploads/2023/03/WhatsApp-Video-2023-03-15-at-5.42.29-PM.mp4

Pengasas jenama itu, Mohd Hilmi Che Azman atau mesra dengan panggilan El Azman berkata, pihaknya optimis dengan usaha dilakukan bersama.

“Kalau selama ini, sewaktu melintasi atau memandu kereta di jalan berdekatan menara bangunan itu, kita sering melihat jenama mewah seperti Louis Vuitton, Gucci, Mont Blanc dan sebagainya.

“Tapi kini saya bangga dan puas jenama Elrah Exclusive terpampang di papan iklan elektronik gergasi itu. Semuanya tak mustahil dan menjadi catatan manis dalam perjalanan mengukuhkan jenama ini sejak 2014.

“Idea untuk meletakkan jenama Elrah di bangunan seperti itu terdetik ketika saya melancong di luar negara. Alhamdulillah kini jenama tempatan seperti Elrah Exclusive juga mampu bersaing dan buat pemasaran setanding jenama antarabangsa,” katanya

Hero pujaan ramai, Meerqeen pun tak ketinggalan berswafoto dan bangga dengan iklan terpampang wajahnya di dinding bangunan menara TSLaw (bersebelahan TRX)

Iklan raya itu turut memaparkan dirinya selain wajah wakilan artis berpengaruh dan popular seperti Meerqeen, Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Project: High Council, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot.

Orang kuat Elrah Exclusive El Azman dan Meerqeen

Tak ketinggalan dua bintang TikTok popular, Aabias dan Wan Chai.

“Malah lebih mengujakan selain deretan bintang ternama dan berpengaruh itu, projek mega iklan ini juga menyatukan saya dengan pengedar yang juga pemilik dua butik Elrah Exclusive di Setapak dan Elrah Melaka iaitu Syed Ahmad Syed Salim atau SASS SYED

“Jika diperhatikan di iklan itu memang khusus diletakkan dua nama butik kendaliannya di Platinum walk, Elrah Setapak dan di Pantai Klebang, Elrah Melaka.

“Saya puji usaha dan semangatnya. Dia juga antara anak muda yang menjana pendapatan menerusi jenama saya. Dia antara 36 pengedar atau pemilik butik Elrah yang beroperasi di seluruh Malaysia.

“Tak hanya di Malaysia, kita mempunyai 29 cawangan di Thailand, Brunei (2) dan Indonesia (2). Secara keseluruhan juga kita mempunyai lebih 10,000 ejen di seluruh negara,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai SASS, El Azman percaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

[VIDEO] Pilih Untuk Mulakan Kehidupan Baru, Merqeen Kongsi Bakal 'Terjun' Ke Hollywood?
Bintang Project: High Council, Hazeeq Deen, Fadhli Masoot dan Amir Ahnaff

“Dia berumur 26 tahun berasal dari Serdang, Selangor. Dia mempunyai diploma perakaunan di sebuah kolej di KL. Dia asalnya berniaga Chanrakter, air cincau karamel selama dua tahun, sebelum ‘terjebak’ dengan Elrah.

“Dipendekkan cerita, kami bersua dan dia menunjukkan minat untuk sama-sama meneruskan legasi empayar jenama saya bangunkan. Siapa sangka, dia mampu hidup senang dengan rangkaian perniagaan ini.

“Kebetulan baju jenama saya bangunkan jadi tular. Dia menyatakan keinginan untuk turut serta menjadi pengedar selain menyerap ilmu niaga dengan saya. Hingga kini, sudah tujuh tahun dia menjana pendapatan lumayan dengan Elrah,” kata El Azman.

Jenama ini antara yang terus menaikkan martabat pakaian tradisional yang juga pakaian islamik seperti Baju Melayu, jubah dan kurta di persada Malaysia dan Asia khususnya.

Dijual dari serendah RM50 untuk kurta sehingga RM189 (baju Melayu), jenama berdaftar di bawah Elrah Trading Sdn Bhd ini meneruskan survival hingga kini.

“Saya sasarkan tahun ini dapat menjana keuntungan jualan sebanyak 250 juta setahun.

“Saya juga harap pengedar lain dapat mencontohi semangat SASS SYED yang berdaya saing dan berani melaburkan duit untuk menaikkan jenama ini walaupun hanya sekadar ejen” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Ahmad (@sass_syed)

Elrah ExclusiveMeerqeen
https://lomp.at/bbzor
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore