Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Memang Rare! Lembu Dengan Berat 1.2 Tan Di Korbankan Di Bukit Kerinchi

by Phic ARMAN
July 11, 2022
Share on Facebook

Seperti yang kita semua sedia maklum, sebahagian daripada acara dalam Aidiladha adalah menyembelih sama ada kambing biri-biri, lembu, kambing atau kerbau.

Dengan lembu menjadi haiwan yang paling biasa dikorbankan di Malaysia, kita sudah biasa melihat lembu bersaiz biasa.

VIA Bernama

Bagaimanapun, tahun ini, seekor lembu jantan seberat 1.2 tan baru-baru ini dipilih untuk dikorbankan kerana dagingnya akan didermakan kepada 1,000 penduduk kurang berkemampuan di Bukit Kerinchi.

Menurut BERNAMA, lembu jantan yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Gemuk’ itu dipilih untuk upacara korban kerana ia adalah yang terbaik, kata ketua pegawai eksekutif Ikhlas Sdn Bhd, Ikhlas Kamarudin.

Katanya, Gemuk daripada baka Charolais dianggarkan mempunyai nilai pasaran lebih RM30,000 dan diternak oleh Muhammad Bakri Bukhari, petani dari Bera, Pahang.

“Apabila Muhammad Bakri membawa pulang Gemuk, beratnya hanya 600kg, tetapi 4 tahun kemudian beratnya mencecah 1.2 tan.”

“Kami memilih Gemuk untuk ibadah korban tahun ini kerana dia adalah lembu jantan terbaik. Menunaikan Qurban bukan hanya tentang memberi. Ia juga untuk memberikan yang terbaik,” katanya selepas majlis ibadah korban di Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam.

Gemuk dinobatkan sebagai Raja Sado 2022 dalam Himpunan Lembu Sado Pantai Timur 2022 awal bulan ini dan disumbangkan oleh seorang individu melalui Ikhlas, platform gaya hidup Islam digital, kepada Masjid Ikhlasiah.

Korban
https://lomp.at/3dbix
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kurma_jogja (IG)
Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga...

Read moreDetails
Budaya

Pantang Larang Ketika Tahun Baru Cina- No.4 Boleh Buat ‘Tuah’ Lari Sepanjang Tahun!

by Nurul A.
February 10, 2026

Tahun Baru Cina bukan sekadar reunion bersama keluarga dan rakan, dapat angpau atau main mercun. Tetapi bagi mereka yang menyambut...

Read moreDetails
Islamik

Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

by Nurul A.
February 28, 2026

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas...

Read moreDetails
Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Foto - @bulan_ramadhan2026_ (IG)
Islamik

6 Perkara Yang Kamu Perlukan Sebagai Persediaan Menyambut Bulan Ramadan

by Nurul A.
February 17, 2026

Tak dinafikan ramai yang teruja dan tidak sabar menantikan bulan Ramadan. Selain dapat memberi perhatian pada ibadah, orang Islam juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore