Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Menangi Tiket Tayangan Perdana Filem Kingsman: The Golden Circle

by Phic ARMAN
August 31, 2017
Share on Facebook

Kingsman: The Golden Circle merupakan filem Hollywood bergenre filem aksi dan komedia yang diarahkan oleh Matthew Vaughn yang juga menulis naskah filemnya dibantu Jane Golman. Filem ini di bawah produksi 20th Century Fox, dan bakal ditayangkan pada 21 September 2017 di seluruh Malaysia.

Kingsman: The Golden Circle merupakan sekuel dari Kingsman: The Secret Service yang dikeluarkan pada tahun 2015. Menampilkan Taron Egerton sebagai Eggsy si pembuat onar, dan Colin Firth sebagai Harry Hart si agen rahsia yang ramah.

Filem ini diadaptasi dari buku komik karya Mark Miliar dan Dave Gibbons yang diterbitkan pada tahun 2012 dengan judul The Secret Service.

Film Kingsman: The Golden Circle berkisah pengembaraan baru Eggsy yang nampaknya sudah cukup ahli menjadi seorang agen rahsia Kingsman.

Kingsman adalah sebuah badan antarabangsa yang independen dan beroperasi di tingkat tertinggi bertujuan menjaga keamanan dunia.

Dalam Kingsman: The Golden Circle, Eggsy akan menghadapai tentangan baru. Setelah Markas Kingsman di London di hancurkan oleh sekumpulan penjahat. Eggsy (Taron Egerton) telah diterbangkan ke Amerika Serikat demi menjalin kerjasama dengan organisasi Statesman, dalam usahanya untuk memerangi musuh.

Dua organisasi elit ini bersatu. Jadi apakah kesudahannya? Anda harus saksikan sendiri.

Berita baik buat pembaca setia Hangat, kami dengan sukacitanya ingin mencari 10 orang pembaca bertuah untuk menerima tiket filem istimewa tayangan pratonton filem ini. Tayangan Pratonton filem ini hanya boleh ditonton pada 19 September 2017 di GSC, Mid Valley pada jam 8.45 malam. Menarik bukan?

Anda hanya perlu selfie bersama teman tersayang dan kongsikan pada kami Facebook atau Instagram dengan tag @hangatdotcom juga Hashtag #KingsmanMY. Pemenang akan dimaklum terus melalui FB Mesej atau DM Instagram.

[REVIEW] Misteri Rumah Darah - Sumpahan Dendam Yang Perlu Ditunaikan

Syarat Penyertaan

  • Like Facebook murai.my, follow Instagram @hangatdotcom dan twitter @hangatdotcom
  • Selfie bersama teman, kekasih, ibu atau orang yang tersayang dan kongsikan pada kami Facebook atau Instagram dengan tag @hangatdot juga Hashtag #KingsmanMY
  • Anda dikehendaki sertakan kapsyen “Jom tonton wayang percuma bersama murai.my” .
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 16 September 2017.
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut pas masuk tayangan pratonton filem di GSC, Mid Valley, bermula jam 8.00 malam.

Facebook.com/foxmovies.my, #KingsmanMY

filemFilem Kingsman: The Golden CirclegiveawayKingsmanMYPas Percuma HangatTaron Egerton
https://lomp.at/jr1ul
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore