Friday, August 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Menarik! Ini 6 Ciri Baru Instagram Yang Ramai Tidak Tahu

by Naddy Joe
January 12, 2021
83
KONGSIAN
Share on Facebook

Instagram adalah salah satu media sosial yang paling popular pada hari ini dengan lebih daripada satu bilion pengguna di seluruh dunia. Tidak menghairankan jika dengan popularitinya yang sangat besar, Facebook sebagai pemiliknya terus menambahkan pelbagai ciri baru pada media sosial yang dihasilkan pada tahun 2010 ini. Anda ingin tahu apakah ciri-ciri baru ada pada Instagram ini? Scroll sampai habis okay!

Pilihan Membalas Mesej Secara Spesifik

Beberapa minggu yang lalu, Instagram menambahkan keupayaan untuk membalas mesej secara spesifik. Hal ini membolehkan penghantar dan penerima dapat mengetahui perbualan manakah yang sedang dibualkan atau dibincangkan.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu press and hold perbualan yang ingn anda balas. Ciri seperti ini turut terdapat dalam aplikasi lain dari Facebook iaitu WhatsApp. Selain daripada membalas secara spesifik, terdapat juga pilihan untuk copy dan forward perbualan spesifik.

Cara Baru Untuk Switch Accounts

Bagi pengguna yang mempunyai dua akaun dan kedua-duanya sudah log in, Instagram memudahkan pengguna untuk switch account dari satu akaun ke akaun yang lain. Cara juga mudah, pengguna hanya perlu “double-tap” pada foto akaun profil yang terletak di sudut kanan di bawah.

Walaubagaimanapun, ciri ini tidak berfungsi jika pengguna mempunyai lebih daripada dua akaun. Pengguna harus long press pada profile photo supaya semua akaun yang telah log masuk muncul.

Vanish Mode

Seterusnya adalah Vanish Mode, yang mana jika diaktifkan akan membuatkan mesej dari penghantar dan penerima hilang selepas mesej dibaca atau perbualan ditutup. Perbualan peribadi yang sedang berlangsung juga masih boleh menjadi screenshots, tetapi Instagram akan memaparkan peringatan “you took a screenshot”.

Untuk mengaktifkan ciri baru, pengguna perlu membuka perbualan dalam DM kemudian swipe up sehingga ia memasuki Vanish Mode. Sementara itu, untuk menyahaktifkannya, hanya swipe up sekali lagi.

Mute Ig Stories Pengguna Lain

Instagram kini membolehkan penggunanya untuk mute Insta Stories pengguna lain, tetapi pada masa yang sama masih mahu follow pengguna tersebut. Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu press and hold pada profil pengguna yang berkaitan pada Stories section. kemudian, tekan Mute dan tap pada Mute Story.

Instagram menyatakan bahawa jika penggguna muted, mereka tidak akan dimaklumkan bahawa pengguna telah muted mereka.

Memberi Reaksi Emoji Dalam Perbualan

Ciri ini sama seperti Facebook yang membenarkan pengguna react terhadap posts pengguna yang lain. Kini Instagram turut menyediakan perkara yang sama di perbualan dalam DM dan bukan di dalam timeline posts.

Walaubagaimanapun, apa yang dapat direspon dengan emoji bukan sahaja perbualan biasa tetapi juga posts yang dikongsi melalui DM. Untuk memberikan reaksi emoji, pengguna hanya perlu long-press pada perbualan yang berkaitan dan kesemua emoji akan muncul supaya pengguna boleh pilih untuk membuat reaksi.

Watch Together

Ciri yang terakhir adalah Watch Together yang membenarkan pengguna untuk menonton rancangan TV kegemaran bersama rakan yang lain. Selain dari rancangan TV, kandungan pada IGTV, Reels, dan video yang menjadi trending juga dapat dilihat bersama ketika sedang melakukan perbualan.

Sama seperti Messenger, untuk menggunakan ciri ini, pengguna harus memulakan video chat terlebih dahulu dan tekan media button pada sudut kanan bawah skrin. Jika pengguna memilih TV & Movies, Instagram akan memaparkan pelbagai kandungan dari Facebook Watch.

Selamat mencuba!

https://lomp.at/z55cv
Share33Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  2. 2

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  5. 5

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem