Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Mengaku Berkhalwat Dengan Ruhainies, Bekas Kekasih Gelap Aliff Aziz Tuntut Pampasan RM875,000

by Puteri Alia
March 10, 2025
Share on Facebook

Wanita yang pernah mengaku sebagai kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine, kini menuntut pampasan sebanyak RM875,000 (S$250,000) daripada pelakon itu selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa tindakan undang-undang yang tidak berasas.

Sarah, 25, merujuk kepada tindakan Aliff yang memfailkan tuntutan bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) tahun lalu, yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal. Menurut Sarah, tuntutan yang dibuat oleh Aliff hanya untuk menutup kebenaran, kerana pelakon itu sendiri sudah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan pelakon Ruhainies pada 21 Februari lalu.

“Pengakuan itu mengesahkan semua kenyataan saya sebelum ini mengenai hubungan anda dengan pelakon tersebut adalah benar dan bukan fitnah,” kata Sarah, menegaskan bahawa walaupun Aliff telah mengakui kesalahannya, dia tetap mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, yang akhirnya membawa kepada Perintah Perlindungan Segera (EPO) pada 29 April 2024. Sarah menyatakan bahawa tindakan undang-undang tersebut adalah tidak berasas dan hanya bertujuan untuk menutup kebenaran yang telah didedahkan.

Sarah turut berkongsi perkara tersebut menerusi notis tuntutan yang dimuat naik dalam Instagram miliknya. Dalam kenyataan itu, dia memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan bayaran pampasan tersebut atau berdepan tindakan lanjut. “Ini hanyalah permulaan. Sesiapa yang telah menganiaya saya, terutama mereka yang mencipta fitnah, bersiap sedia. Anda tahu siapa anda. Kebenaran pasti akan menang,” tulisnya.

Tahun lalu, Sarah menerima notis mahkamah di Singapura yang menghalangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Aliff. Walau bagaimanapun, pertikaian tersebut akhirnya diselesaikan secara baik melalui mediasi di mahkamah.

Nama Sarah mula menjadi bualan hangat selepas dia tampil mengaku sebagai kekasih Aliff, dengan pendedahan tersebut dibuat kerana dia tidak tahan melihat pelakon itu terus dikecam selepas dicekup khalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac tahun lalu. Sejak itu, Sarah juga sering berkongsi tangkap layar perbualan dipercayai antara Aliff dan seorang wanita dikenali sebagai NRF melalui Instagram miliknya, sekali gus menambah kontroversi mengenai hubungan mereka.

Aliff Aziz Pilih Hidup Tenang, Enggan Lagi Pandang Ke Belakang Selepas Kontroversi
aliff azizruhainiesSarahsarah yasmine
https://lomp.at/l9enx
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Brian Kongsi Foto Bersama Nedim, Peminat Titip Doa-“Moga Jodoh Kalian…”

by Naddy Joe
January 2, 2026

Pelakon, Nadia Brian mencuri perhatian netizen di media sosial selepas memuatnaik foto bersama usahawan, Nedim Nazri. Nadia atau nama penuhnya...

Read moreDetails
Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
Foto - @lufyalaana (IG)
Lokal

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

by Nurul A.
January 29, 2026

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kongsi Keadaan Terkini Selepas Terlibat Kemalangan Dengan Ibu Bapanya-“Saya Alami Pendarahan..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny tampil menceritakan keadaannya yang sebelum ini mengalami kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya pada Ahad. Dirawat Di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore