Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Mengapa Anggun Pilih Fazura Untuk Lagu The Good Is Back ?

by Ayden Mikhael
May 1, 2018
Share on Facebook

Pada awal pembabitan pelakon terkenal Fazura dalam bidang nyanyian, ramai yang mengkritik suara yang dikatakan kurang sesuai. Namun, perlahan-lahan Fazura diterima baik malah sudah menghasilkan beberapa buah lagu lain. Terbaru, Fazura melakukan kolaborasi bersama penyanyi dari Indonesia, Anggun menerusi lagu The Good Is Back.

Walaubagaimanapun, nyanyian Fazura menerima kecaman dan kritikan bukan sahaja daripada netizen Malaysia tetapi dari Indonesia juga. Ramai menyatakan Fazura tidak boleh menyanyi dan menghancurkan lagi lagu tersebut.

“Saya terima semua kritikan itu dengan hati yang terbuka. Biasalah, kita perlu berdepan dengan semua cabaran seperti itu untuk berjaya. Diakui, lagu itu paling sukar untuk saya nyanyikan, ditambah dengan vokal Anggun yang sangat hebat,” jelas Fazura kepada bh online.

Malah, ada juga peminat daripada Indonesia dan Malaysia yang turut membandingkan mutu vokal Fazura dengan seorang lagi penyanyi terkenal seberang iaitu Rossa yang dianggap jauh lebih bagus daripada pelakon filem J Revolusi itu.

Mengulas komen netizen yang cuba membandingkan nyanyian Fazura dengan Rossa, Fazura berkata, perkara itu bagaikan satu kemestian bagi sesebuah lagu yang sama tetapi dinyanyikan oleh dua individu berbeza.

Tetapi persoalannya mengapa Anggun memilih Fazura? Adakah disebabkan Fazura baru menapak di Indonesia dan Anggun ingin membantu menaikkan lagi nama Fazura atau sebaliknya?

“Apabila dia memilih saya untuk menjadi rakan duet, saya sahut cabaran itu dengan memberikan yang terbaik mengikut kemampuan diri. Saya tak kisah pun jika ada yang membandingkan nyanyian kami, setiap penyanyi mempunyai cara nyanyian berbeza,” ujar fazura.

Bagaimanapun, klip video lagu itu telah menerima sebanyak 164,000 tontonan setakat ini, adakah ini angka yang perlu dibanggakan atau penonton mendengar hanya sekadar untuk mengkritik? Untuk pembaca murai.my, mana satu pilihan anda? Versi Fazura atau Rossa yang menyanyi lebih baik untuk versi The Good is Back ?

Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! - "Bukan Budaya Saya Nak Unfollow"

Kami di Hangat percaya Fazura tidak akan tunduk dengan segala kritikan. Dalam perkembangan lain, menurut xtra.com.my Fazura memberitahu beliau bakal masuk ke set penggambaran filem bersama produksi Indonesia tak lama lagi!

Sumber : BH Online

anggunfazura
https://lomp.at/o4ta1
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @ritrud727 (IG)
Lokal

[VIDEO] Tetap Solat Walaupun Tepi ATM, Sikap Rita Rudaini & Anak Tuai Pujian

by Nurul A.
January 6, 2026

Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini mencuri perhatian apabila berkongsi sebuah momen yang cukup istimewa bersama dua orang anaknya, Airit Rayyan...

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore