• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Mengapa John F Kennedy Disanjungi Rakyat Amerika? Ini Sebabnya!

by Jash Lee
July 27, 2023
Share on Facebook

John Fritzgerald Kennedy (J.F.K) (1917-1963) merupakan Presiden Amerika yang ke-35 yang berusia 43 tahun ketika beliau menyandang jawatan Presiden Amerika pada 1963. John juga telah berkahwin dengan Jacqueline Kennedt Onassis (1929-1994).

John merupakan antara presiden muda lahir pada 1917, permulaan abad ke-20. Presiden sebelum ini lahir pada sekitar 1850 hingga 1870 an pada abad ke-19. John juga mendapat pendidikan di Universiti Harvard yang berprestij  tinggi.

VIA google

Pada 1 November 1939, Jerman memasuki Poland dan perang dunia kedua bermula. Ketika itu, John merupakan senior dan baru sahaja mula menulis tesis mengenai kenapa Great Britain tidak bersedia untuk berperang dengan Jerman. Tesisnya berjudul ‘WHY ENGLAND SLEPT’ yang diterbitkan pada bulan Jun tahun 1940.

Selepas diterbitkan, John meraih Ijazah Muda Sastera ( kerajaan ) dengan pointer CGPA 3.50 dalam sektor perhubungan antarabangsa di Universiti tersebut.

Menjadi Terkenal Selepas Menyelamatkan Krew Bot!

Semasa berkhidmat sebagai Leftenan ketika perang pasifik semasa perang dunia kedua pada tahun 1943, John meraih pingat Navy dan Marine Corps serta ‘Purple Heart’. Hanya John sahaja presiden yang menerima penghormatan itu.

John menerima penghormatan tersebut kerana beliau menyelamatkan 10 krew lain apabila bot mereka tenggelam apabila cuba menyerang kapal bekalan Jepun yang membawa senjata untuk menyerang Tentera Bersekutu (Allied Forces). John merupakan presiden yang muda, bertenaga, intelektual, tampan serta mempunyai imej dan berkarisma untuk Amerika pulih selepas perang dunia kedua.

Bancian undian dilakukan kepada majoriti rakyat muda Amerika mengenai tahap kesukaan mereka terhadap John adalah 70% lebih tinggi berbanding presiden sebelumnya.

AR6801-E 22 September 1961
President John F. Kennedy signing the Peace Corps Bill in the Oval Office. Included in the photograph are Representative Edna Kelly, Senater Robert Kerr, Senator Hubert Humphrey, and Senator Albert Gore.
Please Credit “Abbie Rowe, White House/ John F. Kennedy Presidential Library and Museum Boston”

Pada 24 Oktober 1963, John menandatangani ‘Maternal and Child Health and Mental Retardation Planning Amendment to the Social Security Act’. Perundangan utama yang pertama untuk mengatasi masalah penyakit mental serta kerencatan intelektual. Perundangan itu turut melibatkan pelbagai saranan membolehkan negara itu mengemaskini terhadap program kerencatan intelektual.

Selain itu, John juga telah berjaya mengelakkan peningkatan krisis di CUBA apabila penasihat tentera Amerika menyarankan John menyerang silo misil milik Soviet dibawah kawalan Fidel Castro di CUBA. John bertindak dengan mengenakan sekatan kapal laut Soviet sahaja. Akhirnya, persetujuan keamanan diperolehi dan persahabatan antara Washington dan Moscow oleh John dan Kheushchev dapat dicapai.

Benarkah John Akhirnya Mati Dibunuh?

John menandatangani ‘Executive Order 11110’ yang diarahkan oleh essekutif pada 4 Jun 1963. Perintah ini memberi Jabatan Perbendaharaan Negara kebenaran untuk menggunakan duit berlandaskan perak, matawang alternatif dari duit kertas yang diasakan oleh Federal Reserve System. Ini kerana John merasakan telah tiba masanya untuk tidak berharap  kepada sistem perbankan peribadi yang akan membawa kepada ketidakstabilan ekonimi negara.

Namun pada 12.30 tengahari Jumaat 22 November 1963. Ditingkat 6 bangunan Texas School Book Depository, terdapat bekas anggota marin yang bermasalah Lee Harvey Oswald telah membunuh John dengan menggunakan sniper semasa perarakan bumbung kereta terbuka di Dallas. Akhirnya John meninggal dunia di Hospitan Parkland pada 1 petang.

Apa kata anda?

John F Kennedy
https://lomp.at/xvbdn
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Screenshot
Dunia

Haroqs Titip Ucapan Buat Rakyat Malaysia Selepas Dibebaskan Penjara ‘Israhell’

by Naddy Joe
October 7, 2025

Salah seorang daripada peserta termuda yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai...

Read more
Dunia

JAKIM, JAWI Anjur Solat Hajat, Qunut Nazilah Untuk Keselamatan Pasukan Global Sumud Flotilla

Susulan tindakan biadap 'Israhell' memintas dan menghalang pasukan Global Sumud Flotilla ke Gaza, Palestin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Read more
by Naddy Joe
October 2, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore