Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Daki 2,485 Anak Tangga Sempena Hari Kebangsaan, Ini Yang Perlu Anda Tahu Mengenai The Sky Race Merdeka 118!

by Naddy Joe
August 4, 2025
Share on Facebook

Baru-baru ini Murai Malaysia berpeluang menghadiri sidang media sebuah acara istimewa yang bakal berlangsung pada 30 Ogos ini sempena Hari Merdeka.

Hasil kerjasama Towerrunning bersama Fresh Event Asia, mengumumkan sebuah acara yang menawarkan kepada orang ramai untuk merasai peluang unik untuk mendaki kesemua 118 tingkat dan menakluki 2,485 anak tangga yang berakhir di Tingkat 118 Merdeka 118, yang mana belum pernah dibuka kepada orang ramai dan hanya boleh diakses pada satu hari sahaja.

Menurut General Manager & Race Director, Jeffrey Ross menyatakan bahawa acara ini bukan sahaja sekadar perlumbaan, malah ia adalah pintu masuk kepada pengalaman yang tiada tandingan.

“Sky Race di Merdeka 118 memberikan peluang unik untuk mengakses Tingkat 118 bangunan paling ikonik di Malaysia, di mana anda akan dihadiahkan dengan pemandangan panorama Kuala Lumpur yang paling menakjubkan.

Sama ada anda atlet elit, peminat kecergasan, atau seseorang yang mahu menandakan bucket-list item, acara ini direka untuk semua.”-kata Jeffrey Ross

View this post on Instagram

A post shared by The Sky Race (@theskyrace)

Dalam pada itu, Juara Dunia pelari menara, Soh Wai Ching yang turut dilantik sebagai duta rasmi acara ini. Soh bukan sahaja akan membawa tenaga bertaraf dunia pada hari perlumbaan, tetapi juga akan memimpin sesi latihan pra-acara, serta memberikan panduan dan motivasi yang tidak ternilai kepada peserta.

Pendaftaran kini telah dibuka untuk The Sky Rca di Merdeka 118, dengan harga tiket RM159 untuk penyertaan individu dan RM449 untuk pasukan tiga peserta. Peserta akan menerima pek larian yang merangkumi baju-T larian eksklusif, sweatband, drawstring bag, finisher medal, serta akses eksklusif ke Event Village dan Expo. Hadiah tunai turut ditawarkan untuk tempat pertama hingga kelima bagi kategori Lelaki dan Wanita.

Ini adalah peluang luar biasa untuk mendapatkan akses eksklusif ke Aras 118 Merdeka 118, peluang sekali seumur hidup untuk menyaksikan pemandangan terbaik di Kuala Lumpur dan menjadi sebahagian daripada acara Hari Merdeka yang benar-benar ikonik. Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada sejarah!

Untuk maklumat lanjut mengenai The Sky Race, anda boleh lawati laman web The Sky Race.

Menara Merdeka 118the sky race
https://lomp.at/2tlze
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore