Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Meriah! 5 Dekorasi Aidilfitri Di Pusat Beli Belah Sekitar Selangor

by Aphit J.
May 2, 2021
Share on Facebook

Pusat beli-belah di Negeri Selangor tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana Hari Raya yang bakal menjelang. Pelbagai tema yang diketengahkan oleh pusat beli-belah ini tentunya akan menggamit suasana lebaran dan menarik kehadiran para pengunjung.

Menurut Tourism Selangor, berikut adalah 5 pusat beli belah dengan hiasan lebaran yang indah untuk dikunjungi.

IOI City Mall

via Tourism Selangor

Aidilfitri menjelang tiba! Tahun ini, IOI City Mall menawarkan suasana kembali ke kampung untuk mengubati kerinduan anda pada orang yang tersayang di kampung halaman. Walaupun jauh di mata, namun dekat di hati. Jangan lepaskan peluang untuk merasai kegembiraan Aidilfitri Sepanjang Zaman bersama IOI City Mall!

1 Utama Shopping Centre

via Tourism Selangor

Kunjungi Rumah Tradisional setinggi 35 kaki di 1 Utama Shopping Centre, dengan Tangga Melaka yang gah. Bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman, 1 Utama Shopping Centre telah mempersiapkan pengalaman pulang ke kampung dengan hiasan yang menarik di seluruh 1 Utama Shopping Centre!

Sunway Pyramid

via Tourism Selangor

Menurut Tourism Selangor, nikmati suasana ceria dengan pelbagai aktiviti, hadiah ekslusif dan promosi yang menarik di Sunway Pyramid menjelang Hari Raya! Datanglah berbelanja di Sunway Pyramid sambil menikmati keindahan dekorasi yang disediakan oleh pihak Sunway Pyramid.

Paradigm Mall

via Tourism Selangor

Paradigm Mall membawakan elemen sawah padi yang cantik dan menjadi tema untuk lebaran tahun ini! Kunjungi dan rasai suasana kampung yang unik dan beli-belah barang keperluan Raya anda di sini.

Kongsikan perasaan kasih sayang anda dengan menyumbangkan pakaian terpakai yang masih elok dengan meletakkan ke dalam tong sumbangan yang terletak di Upper Atrium, Tingkat UG.

Setia City Mall

via Tourism Selangor

Menurut Tourism Selangor, di sini terdapat Kampung Batik yang mengetengahkan gaya kampung tradisional dan dipenuhi dengan warna-warna menarik dari daun pisang hingga burung berkicauan. Jangan ketinggalan untuk beli-belah persiapan perayaan anda di Setia City Mall!

Dekorasi Hari Raya mampu meningkatkan suasana hari raya dengan konsep warna-warni dan pelbagai tema yang dibawakan oleh Pusat Beli-belah di Negeri Selangor. Kunjungi senarai di atas bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda dan jangan lupa untuk mengambil gambar!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aidilfitri 2021dekorasi pusat beli belahDekorasi Raya
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    “Okeylah English Dia!” Peminat Puji Hakim Danish Petah Ditemu Bual Media Antarabangsa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara