• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Meriahnya Deko Pusat Beli-Belah Sempena Tahun Baru Cina, Ini Yang Cantik!

by Soph Azz
January 18, 2023
Share on Facebook

Kalau di Malaysia, setiap pihak mengambil berat dan serius tentang sesuatu perayaan. Tak percaya? Lihat saja pusat beli-belah sekarang ini, semuanya didekorasi dengan meriah dan mewah.

Jadi tak hairanlah jika sempena Tahun Baru Cina kali ini; pusat beli-belah di sekitar Kuala Lumpur (KL) dan Selangor berlumba-lumba memeriahkan lagi sambutan Tahun Arnab ini.

Sekiranya kamu berkira-kira untuk mencuci mata, pusing-pusing di pusat beli-belah di KL atau Selangor, Miss Murai cadangkan kamu pergi ke pusat beli-belah sini…

Suria KLCC 

Foto – Sunshine Kelly

Kali ini pusat beli-belah Suria KLCC mendedahkan hiasan Tahun Baru Cina mereka iaitu arnab gergasi yang terletak di Sunshine Plaza. Replika arnab ini dibina secara kreatif iaitu daripada syiling emas, dan ianya mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records 2023.

Foto – Sunshine Kelly

Da Men USJ 

Foto – Da Men USJ

Bertemakan “Beats of Prosperity”, pusat beli-belah ini bekerjsama dengan VR Drumming Academy; mempamerkan 300 drum oriental dan pengunjung boleh memukul gendang tersebut sambil mengucapkan ucapan Tahun Baru. Bukan itu saja, Da Men USJ turut meriah dikelilingi dengan tanglung dan bunga sehingga 15 Februari ini.

Bukit Bintang

Foto – Hype

Berjalan di sekitar Bukit Bintang, jangan lupa untuk singgah melihat dekorasi “Let’s Bloom Together”, penuh dengan bunga mawar dan arnab oleh Lancôme yang terletak di antara podium, billboards, skrin digital dan kedai pop-up sehingga ke Sephora@Fahrenheit88.

Foto – Hype

Sambil bergambar dan menikmati dekorasi Lancôme, jangan lupa untuk tebus kit percubaan Blooming di mesin layan diri dalam beberapa langkah saja.

Intermark Mall

Foto – Intermark Mall

Cuci mata di Intermark Mall melihat dekorasi “Senses of Prosperity” yang menggunakan 5 deria iaitu penglihatan, bunyi, rasa, sentuhan dan bau. Perhatikan dekorasi yang mencerminkan kemegahan oriental, yang dibuat khas oleh pereka fesyen Carven Ong. Psst… Cuba cari cheongsam Cina Klasik yang direka di sekitar Ground Atrium.

Foto – Intermark Mall

The Gardens Mall 

Foto – The Gardens Mall

Berkonsepkan Timur-Barat, The Gardens Mall menggabungkan dekorasi klasik Eropah untuk sambutan Tahun Baru Cina kali ini. Tingkat bawah pusat beli-belah ini dihiasi dengan kertas dinding berwarna-warni dengan pokok bunga, burung eksotik hingga ke pasu hiasan.

Foto – The Gardens Mall

Nantikan Tarian Singa Tradisional, Tarian Singa Akrobatik, Ensembel Oriental Dusion dan Dance of The Floral Pursuit.

Pavilion Kuala Lumpur

Foto – Pavilion KL

Menerusi tema “Abundance of Prosperity”, Pavilion KL telah diubah suai menjadi halaman oriental yang penuh dengan arnab berketinggian 20 kaki, bunga dan ratusan tanglung. Menariknya arnab ini dibuat daripada ratusan bunga mawar iaitu bunga yang wakili keabdian dan kemanisan dalam tradisi Cina.

1 Utama Shopping  Centre 

Pusat beli-belah 1 Utama pula memperkenalkan “Treasures of Teochew Heritage” di mana pengunjung boleh melihat budaya dan tradisi Teochew China seperti rantau Chaozhao di LG Oval, kemegahan Jambatan Guangji ikonik yang merentasi Sungai Han di Chaozhou, Guangdong.

View this post on Instagram

A post shared by 1 Utama Shopping Centre (@1utama)

Jangan lupa untuk tonton persembahan Opera Teochew, pertunjukan boneka, tarian singa akrobatik dan banyak lagi sehingga 29 Januari 2023 ini!

Sangat meriah kan?

dekorasi pusat beli belahtahun baru cina
https://lomp.at/y2ylf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore