Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Sikap Ikhlas Mia Azahar Buat Peniaga Kecil ‘Full House’ Order- “Tak Suruh Pun, Tapi Dia Review!” ,

by Ayu Kamaruddin
December 4, 2025
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Syaza Amira Azahar atau lebih dikenali sebagai Mia Azahar, sekali lagi mencuri tumpuan apabila tindakannya yang spontan namun penuh keikhlasan berjaya mengubah nasib seorang peniaga kecil tanpa diminta, tanpa bayaran, dan tanpa sebarang syarat.

Dia beli, dia makan dan dia review

Seorang peniaga kecil-kecilan, yang menggunakan akaun Threads @the.dhia, berkongsi rasa terharu selepas perniagaannya tiba-tiba ‘meletup’ gara-gara Mia memuat naik ulasan ringkas mengenai mochi yang dihadiahkan kepadanya.

Menurut peniaga itu, mochi tersebut sebenarnya dihantar hanya sebagai buah tangan melalui seorang rakan, Shaf, yang ketika itu ingin menziarahi Mia di hospital. Tidak terlintas langsung di fikiran bahawa pempengaruh itu akan membuat review.

Namun, segalanya berubah sebaik Mia memuat naik Instagram Story makan mochi sambil berkongsi pendapat jujur secara santai.

DM ‘banjir’ tempahan selepas di-tag

Peniaga itu mengakui tidak menyangka kuasa pengaruh Mia begitu kuat sehingga mesej tempahan masuk tanpa henti.

“Aku tak ada suruh dia review pun mochi aku… cuma bungkuskan untuk dia sebab kebetulan Shaf nak melawat dia je. Hanya sebab di tag, DM aku terus banjir orang nak order.”

Situasi itu membuatkan dia tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan yang tiba-tiba melonjak berkali ganda.

Netizen turut ‘serbu’ gara-gara Mia

Melihat situasi itu, ramai pengguna Threads turut mengakui mereka membeli hanya kerana dipengaruhi review jujur Mia yang dianggap berbeza daripada influencer lain.

Antara komen yang menarik perhatian:

“I pon datang sebab Mia makan, skali dm awak dekat JB. Sedihhhh ”

“Betul. Aritu dia review candy kelapa sampai aku pun beli. Sedapppp sama macam dia review. Rasa dia mengimbau kenangan.”

“MOCHII?? KAT JB?? ONSZZ PASNI NAK BELI”

Peniaga @the.dhia membalas pula dengan nada comel dan mesra: “u waittttt okay” dan “JANJI HOKEYYY???”

Reaksi spontan dalam kalangan netizen menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Mia terhadap selera pembeli.

Doa buat influencer yang ikhlas bantu peniaga kecil

Tersentuh dengan tindakan baik Mia, peniaga tersebut turut menyampaikan doa agar rezeki pempengaruh itu sentiasa mengalir luas. Bukan hanya untuk Mia, malah untuk mana-mana influencer yang sudi membantu tanpa mengharapkan bayaran tinggi atau publisiti besar-besaran.

“Korang influencer yang bantu peniaga kecil dari rumah-rumah ni, aku sumpah korang sentiasa dimurahkan rezeki sentiasa!”

Pendek kata, satu gigitan ikhlas daripada Mia pun sudah cukup mengubah nasib peniaga kecil dalam diam. Kadang kala, bukan virality yang kita cari, tapi hati yang benar-benar tulus, itulah yang paling menjadi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Mia Azharreview makanan
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara