Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Michael Ang Berang! Dituduh Pelakon ‘Extra’ Langgar SOP?

by Khai Azfar
February 16, 2021
197
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, pengacara dan pengarah terkenal Michael Ang meluahkan rasa kecewa apabila terdapat dakwaan daripada pihak tertentu yang menuduh produksinya menjalankan penggambaran tidak mengikut standard operasi (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Hanya Di Kawasan Hotel 

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya semalam, Michael menegaskan bahawa mereka hanya menjalankan penggambaran di kawasan perkarangan hotel dan bukanlah di kawasan terbuka seperti yang didakwa. Malah dalam video itu, Michael turut menunjukkan bukti kawasan penggambarannya.

“Video menjelaskan kepada penggiat-penggiat seni, production manager (PM) Malaysia, persatuan-persatuan tersohor Malaysia dan produser-produser terkaya Malaysia yang menuduh aku tak ikut SOP sebab shoot outdoor tanpa memeriksa atau telefon bertanya kita, dia orang terus laporkan dan tularkan” luahnya

Pelakon ‘Extra’ Sebarkan Gambar

Menerusi hantaran yang sama, penerbit drama Angkara Cinta ini juga memuatnaik sekeping foto pelakon tambahan lelaki yang dipercayai individu yang mengambil gambar dari kru nya dan sebarkan kepada pihak tertentu.

“Gambar pakcik (pelakon tambahan) tu ada orang yang minta dari runner dan sebarkan. Motif dia minta gambar pun saya tak tahu… sama ada orang suruh dia buat atau tak, aku husnuzon saja!” dedah Michael

Difahamkan, berikutan penyebaran fitnah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah meminta pasukannya untuk melakukan pemeriksaan di lokasi penggambaran tersebut di Meru, Ipoh.

“Yang aku paling kasihan adalah pihak Ahmad Idham yang terpaksa menyuruh budak-budak dia untuk ke Ipoh pada hari cuti umum untuk soal siasat kita benda ni.

“Sudahlah kau orang yang busuk hati tu pergi dan bersihkan jiwa kau dan cari rezeki yang halal bukannya menutup periuk nasi kawan-kawan kau orang dan ahli persatuan kau orang,” tulisnya

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti memohon agar Michael bersabar dengan tohmahan tersebut dan memintanya untuk lebih berhati-hati dengan pihak tertentu.

Michael Ang Bidas Netizen Yang Tuduh Siti Nurhaliza Dibayar Untuk 'Perform' Di Majlis Rumah Terbuka KKM
michael ang
Share79Tweet49SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem