Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Michael Ang Tegur Pensyarah Hina Pelajar

Michael turut mencadangkan pensyarah tersebut untuk bersara.

by Naddy Joe
March 31, 2022
Share on Facebook

Pengarah terkenal, Michael Ang tampil bersuara terhadap isu panas melibatkan seorang pensyarah Universiti Tekonlogi Mara (UiTM) yang didakwa telah menghina pelajarnya semasa menjalani pembelajaran  dalam talian.

Michael Ang Beri Teguran

Menerusi hantaran di Instagram , Michael menegur tindakan pensyarah tersebut yang dikatakan menghina pelajarnya kerana tidak memiliki komputer riba. Michael turut menyifatkan pensyarah yang berstatus Profesor itu seharusnya menggunakan cara yang betul untuk memberikan teguran.

“Salam semua. Tak baik Prof! Melainkan la Prof nak maki pencuri ke perompak ke perogol ke tapi budak tu nak belajar aje. Nama pun Prof mesti IQ lagi tinggi daripada orang macam kita yang cuma artis Malaysia dan mulut longkang!”-Tegur Michael

Cadang Pensyarah Untuk Bersara

Tambah Michael, dia turut mencadangkan pensyarah tersebut untuk bersara dan memberikan teguran yang sama kepada cucunya seperti mana yang dilakukan terhadap pelajar itu.

“Macam ni la Prof bersara aje la dan cakap dengan cucu Prof macam Prof cakap dengan student Prof nanti cucu Prof boleh la berjaya satu hari nanti!”- sindir Michael

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat tersendiri malah ada yang beranggapan sebagai seorang pensyarah dia seharusnya memberikan adab yang baik.

“Video lama. Student tu dah dapat lappy & graduate pun. Yang viral kan pun budak lain. Mungkin ada sebab kenapa Prof tu cakap macam tu. 2 minit punya video tak jelaskan sepanjang kuliah itu.”

Ok Mike. Jom belanja budak tu beli laptop uang tiptop! Biar ternganga nenek tu.”

“Gitulah kebiasaannya bila dah rasa bagus dan hebat sangat. Sedihnya dihina sebegitu rupa.”

“Betul lah! Cuba Prof tunjukkan lever berclass dan beradab sikit. Confirm Prof luar biasa. Bukan Prof ada IQ tapi takde class adab.” komen mereka

Terdahulu, pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan ke atas pensyarah tersebut malah akan memberikan bantuan untuk pelajar yang kurang berkemampuan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
michael angPensyarah UiTM
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara