• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Selepas 14 Tahun Meninggal Dunia, Michael Jackson Dihadapkan Ke Mahkamah Semula?

by Phic ARMAN
August 21, 2023
Share on Facebook

Mendiang Michael Jackson (MJ) akan menghadapi proses saman selepas kes saman dua lelaki, Wade Robson dan Jame Safechuck dibuka semula oleh Mahkamah.
Dipetik dari USA Today, Mahkamah Rayuan Kedua bagi Daerah California telah memutuskan bahawa tuntutan mahkamah oleh dua lelaki yang mendakwa MJ sebagai pelaku penderaan itu boleh diaktifkan semula.

“Sebuah syarikat yang menfasilitikan penderaan seksual kanak-kanak oleh salah seorang pekerjanya tidak boleh dikecualikan daripada kewajipan untuk melindungi kanak-kanak ini,” kata mahkamah dalam satu kenyataan rasmi.

“Hanya kerana syarikat itu dimiliki sepenuhnya oleh pendera.”

Ringkasan keputusan itu juga menyatakan bahawa hanya kesilapan itu boleh mengalihkan defendan daripada pertuduhan yang digantung sebelum ini.

“Oleh itu, kami membatalkan keputusan yang telah ditetapkan untuk syarikat-syarikat ini,” kata kenyataan mahkamah itu.

Vine William Finaldi, peguam untuk Robson dan Safechuck, tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah. Dia percaya Michael Jackson benar-benar bersalah.

“Kami gembira tetapi tidak terkejut bahawa mahkamah rayuan membatalkan keputusan awal,” kata Finaldi.

“Ia melanggar undang-undang California dan membahayakan kanak-kanak di seluruh negeri dan negara. Kami tidak sabar menantikan pendengaran keputusan itu,” kata Finaldi.

Peguam Yakin Michael Jackson Tidak Bersalah

Sementara itu, peguam untuk Michael Jackson, Jonathan Steinsapir kecewa dengan keputusan mahkamah.

“Kami kecewa dengan keputusan Mahkamah. Kami tetap yakin sepenuhnya bahawa Michael tidak bersalah atas tuduhan ini,” kata Steinsapir.

Kedua-dua Robson dan Safechuck telah memfailkan dakwaan penderaan di pihak Jackson beberapa tahun lalu. Dalam tuntutan mahkamah mereka, Robson dan Safechuck mendakwa telah menjadi mangsa MJ ketika mereka di bawah umur.

James Safechuck dan Wade Robson di “CBS This Morning” pada Februari 2019

Safechuck muncul bersama Jackson dalam iklan Pepsi pada tahun 1986, atau ketika dia berumur lapan tahun. Manakala Robson, mula bekerja dengan Jackson sejak dia berumur lima tahun. Ketika itu, Robson memenangi pertandingan tarian seperti MJ ketika bintang pop itu muncul di Brisbane, Australia.

YouTube video

Pengakuan ini dibuat oleh mereka berdua apabila muncul dalam filem dokumentari Leaving Neverland yang disiarkan pada 2019. Dalam dokumenatari itu, Robson dan Safechuck mempunyai susunan kronologi yang hampir sama dalam menggambarkan dakwaan gangguan seksual yang berlaku terhadap mereka.

Robson dan Safechuck mendedahkan bagaimana  kelakuan  buruk MJ bermula dan semakin menjadi-jadi selama bertahun-tahun. Tindakan MJ itu turut disertai tekanan supaya Robson dan Safechuck tidak mendedahkan apa yang berlaku.

michael jackson
https://lomp.at/hawo1
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Mickey Ayo Dedah Detik Sebenar Kenal Nora Danish, Nafi Langsung ‘DM-DM’ di Instagram

by Puteri Alia
November 14, 2025

Perunding kewangan, Mickey Ayo akhirnya membuka cerita sebenar tentang bagaimana terjalin perkenalannya dengan pelakon terkenal, Nora Danish, sekali gus menepis...

Read more
Lokal

Datin Shahida Teringin Baby Lagi, Tapi Datuk Aliff Dakwa Dirinya Dah ‘Ikat’?

Datin Seri Nur Shahida sekali lagi mencuri perhatian di media sosial apabila berkongsi hasratnya untuk menambah cahaya mata. Namun, impian...

Read more
by Aphit J.
November 23, 2025
Lokal

Zizi Kirana Mohon Orang Ramai Fokus Tentang Palestin Daripada Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang Lain

Penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana memohon orang ramai untuk memberikan fokus terhadap isu Palestin yang lebih penting daripada masuk campur...

Read more
by Naddy Joe
October 23, 2025
Lokal

“Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

Kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila seorang individu secara terbuka mempertikaikan misi Global Sumud Flotilla (GSF), sebuah usaha kemanusiaan...

Read more
by Aphit J.
October 11, 2025
Lokal

Nourul Depp Syukur Rumah Selamat, Tapi 13 Terkorban Dalam Banjir Kilat Bali

Penyanyi Nourul Depp melahirkan rasa syukur apabila kediamannya bersama keluarga di Bali tidak terjejas meskipun pulau peranginan terkenal Indonesia itu...

Read more
by Puteri Alia
September 12, 2025
Lokal

[VIDEO] Zumba Bersama Siti Nurhaliza Bertukar Konsert?-“Tak Jadi Zumba Kalau Macam Ni”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza yang berzumba sambil bernyanyi lagu 'Kurik Kundi', namun yang menjadi perhatian...

Read more
by Noah Ab
September 25, 2025
Lokal

Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

Baru-baru ini kecoh dekat media sosial bila pelakon dan aktivis, Rafidah Ibrahim meluahkan rasa sedih lepas rumah flat tempat dia...

Read more
by Zaidin Albert
September 12, 2025
Lokal

[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”

Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial yang memaparkan 'dulang girls' yang membawa hantaran semasa di majlis pernikahan...

Read more
by Noah Ab
September 15, 2025
Lokal

“Kami Bukan Beli Satu Percuma Satu” – Shila Amzah Terkilan Ditawar Kerja Pakej Suami Isteri

Penyanyi terkenal, Shila Amzah meluahkan rasa terkilan apabila masih ada pihak yang menawarkan kerja kepadanya dengan bayaran berbentuk ‘pakej suami...

Read more
by Puteri Alia
November 8, 2025
Lokal

Raja Azura Nekad Saman Bekas Suami, 15 Tahun Nafkah Anak Didakwa Culas Dibayar

Pelakon dan pengacara Raja Azura akhirnya mengambil langkah tegas selepas 15 tahun berdiam diri apabila memfailkan permohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman...

Read more
by Puteri Alia
September 10, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem