Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert Istimewa November Ini

by Aphit J.
August 2, 2025
Share on Facebook

Kumpulan muzik terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) yang terdiri daripada Jascha Richter (vokalis), Mikkel Lentz (gitaris), dan Kåre Wanscher (dram), akan kembali ke Malaysia atas permintaan ramai bagi mengadakan konsert istimewa mereka.

Berlangsung Di Resorts World Genting

Konsert yang diberi judul “Michael Learns To Rock Encore All The Hits in Malaysia” ini dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group bersama JS Concert Productions dan akan berlangsung pada 9 November 2025 (Ahad), jam 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Sejak penubuhannya pada tahun 1988, MLTR telah berjaya memikat hati jutaan peminat di seluruh dunia dengan lagu-lagu hits mereka yang kekal relevan sepanjang zaman.

Antara lagu ikonik mereka termasuk “Take Me To Your Heart”, “Paint My Love”, “25 Minutes”, “Sleeping Child”, dan “That’s Why (You Go Away)” yang sentiasa mendapat sambutan hangat dalam setiap persembahan mereka.

Pengaruh Yang Hebat

via MMIC Entertainment Group

Dengan lebih 1,000 persembahan langsung di peringkat global, pelbagai anugerah emas dan platinum, jualan lebih 11 juta album, serta 1.5 bilion penstriman digital, MLTR terus membuktikan pengaruh mereka dalam industri muzik antarabangsa.

Di Malaysia, kumpulan ini telah berkembang daripada membuat persembahan di lokasi kecil kepada pentas berskala besar, menandakan kekuatan pengaruh mereka dalam kalangan peminat tempatan sejak lebih tiga dekad lalu.

Tiket untuk konsert ini mula dijual secara pra-jualan kepada ahli Genting Rewards pada 4 Ogos, 12 tengah hari di rwgenting.com.

Tiket Dijual Bermula 8 Ogos 2025

via MMIC Entertainment Group

Jualan umum pula bermula 8 Ogos, 12 tengah hari melalui etix.my, rwgenting.com, dan trip.com dengan harga berikut (tidak termasuk yuran pemprosesan RM4):

  • Zon MLTR: RM988

  • VIP: RM788

  • PS1: RM688

  • PS2: RM488

  • PS3: RM288

  • PS4: RM188

Pembeli tiket Zon MLTR dan VIP turut berpeluang memenangi faedah eksklusif seperti sesi foto peribadi (3:1) dan foto berkumpulan (3:5) bersama ahli kumpulan.

Sebanyak 10 pemenang bertuah akan dipilih untuk foto peribadi Zon MLTR, manakala 20 pemenang masing-masing akan dipilih bagi foto berkumpulan dari kedua-dua kategori.

Untuk maklumat lanjut, peminat boleh mengikuti perkembangan melalui laman sosial rasmi MMIC Entertainment Group dan JS Concert Productions.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Michael Learns To RockMLTR
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara