Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Mimi Lana Nekad Mahu Ke Palestin, Sedia Sertai Misi Kemanusiaan Jika Genjatan Senjata Jadi Kenyataan

by Puteri Alia
October 10, 2025
Share on Facebook

Pelakon popular Mimi Lana meluahkan hasrat besar untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin sekiranya genjatan senjata yang baru diumumkan benar-benar menjadi kenyataan. Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, berkata dia amat teringin untuk turut serta sekiranya terdapat mana-mana organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan misi bantuan kemanusiaan ke negara bergolak itu.

“Kalau betul la genjatan senjata kali ni betul-betul menjadi, saya nak sangat jejak kaki ke bumi Palestin. Sesiapa yang nak buat misi bantuan ke sana ataupun ada NGO yang akan pergi, tolong beritahu saya,” tulisnya menerusi platform Threads.

Luahannya itu segera menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai cadangan dan sokongan moral. Ada yang menyenaraikan beberapa NGO yang aktif menjalankan misi kemanusiaan di Palestin, manakala segelintir mencadangkan agar Mimi menyertai Farah Lee yang baru pulang daripada misi Global Sumud Flotilla baru-baru ini.

Rata-rata netizen turut memuji semangat dan keberanian pelakon filem Mencari Ramlee itu yang dilihat tidak hanya bersimpati dari jauh, tetapi benar-benar mahu turun padang membantu rakyat Palestin yang sekian lama menderita akibat konflik.

“Bangga dengan Mimi kerana menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai seorang selebriti. Semoga ada jalan untuk Mimi ke bumi Palestin,” tulis seorang pengguna.

Dalam perkembangan antarabangsa, Israel dan Hamas dilaporkan telah bersetuju dengan fasa pertama pelan damai 20 perkara yang dirangka oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Antara inti pati pelan tersebut termasuk gencatan senjata, pembebasan tebusan, pengunduran tentera Israel dari kawasan padat penduduk serta kemasukan bantuan kemanusiaan berskala besar.

Trump turut menyatakan keyakinan bahawa keamanan boleh dicapai sekiranya semua pihak mematuhi terma yang telah dipersetujui. Dalam masa sama, ramai mengharapkan peluang ini benar-benar membuka lembaran baharu buat Palestin dan menjadi kesempatan buat individu seperti Mimi Lana menyalurkan keikhlasan serta tenaga dalam misi kemanusiaan yang amat dinanti-nantikan itu.

Wanita Balas Dendam Kepada Suami Jahanam Dalam ‘First Wives’
Mimi Lana
https://lomp.at/2vmfd
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Lokal

Adam Shahz 7 Bulan Tiada Tawaran Berlakon, Persoal Rakan Mahu Pinjam Wang-“Apa Yang Dia Nampak Kat Aku..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Adam Shahz mempersoalkan tindakan salah seorang rakannya yang difahamkan seorang pelakon mahu meminjam wang daripadanya, baru-baru ini. Kongsi Adam...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

Emma Maembong Jawab Isu Pemilihan Aktor- “Handsome Tapi Keras Kejung Buat Apa?”

by Nurul A.
January 16, 2026

Nama pelakon Emma Maembong menjadi perbualan ramai apabila dia menegaskan bahawa rupa paras tidak menjadi syarat utama untuk gandingkan pelakon...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore