Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Mira Filzah Kata Hari Raya Tak Lengkap Kalau Tak Serba ‘Mengherlip’ Dengan…

by Soph Azz
March 21, 2023
Foto - @mfmirafilzah (IG)

Foto - @mfmirafilzah (IG)

Share on Facebook

Selepas daripada Neelofa dan Datuk Siti Nurhaliza; kini giliran Mira Filzah pula yang dipilih oleh Swarovski untuk menjadi wajah depan bagi kempen Koleksi Raya 2023.

Untuk pengetahuan kamu, jenama barang kemas dari Austria ini sememangnya popular dalam kalangan wanita. Terutamanya mereka yang mencari barang kemas yang lebih moden rekaannya, unik dan terkini bagi melengkapkan gaya mereka. Dan untuk Koleksi Raya 2023 kali ini, Miss Murai sarankan untuk kamu dapatkan sekurang-kurangnya satu.

Menerusi koleksi ini, Swarovski mempamerkan beberapa item kesukaan wanita yang terdiri daripada rantai leher, gelang tangan, cincin, anting-anting dan jam tangan. Setiap satunya pula berasal daripada keluarga barisan Constella, Matrix, Dextera, Gema, Chroma dan juga Millenia.

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri sinonim dengan rona-rona hijau dan kilauan bercahaya; Swarovski menampilkan Mira Filzah dalam rumpun Millenia iaitu barang kemas yang menggunakan kristal hijau tua dengan potongan yang lebih halus dan moden.

Bagi simbol ikonik Swan pula, Swarovski telah menggubah semula dengan menggunakan kristal hijau pavé yang serba berkilau.

Foto – Arkib Miss Murai

Selain daripada hijau, kamu juga boleh dapatkan barang kemas dalam kemasan rona emas, emas putih  atau rose gold daripada barisan keluarga selain Millenia. Kesemua koleksi Raya kali ini mudah untuk dipadankan bagi menghasilkan gaya yang lebih eksklusif dan mewah di pagi Raya.

Foto – Arkib Miss Murai

“Saya sangat teruja apabila dipilih menjadi wajah kempen Raya oleh Swarovski. Apa yang boleh saya katakan, keseluruhan koleksi ini sangat memukau, mempersona dan anggun. Tambahan koleksi Raya kali ini lebih bermakna apabila setiap satunya menggunakan kristal Swarovski yang popular; membuatkan setiap seorang daripada kita akan nampak lebih berseri di pagi raya nanti!” – Mira Filzah.

Foto – Arkib Miss Murai

Sama ada kamu beli untuk diri sendiri atau hadiahkan pada yang tersayang, Koleksi Raya 2023 oleh Swarovski ini boleh dibeli di seluruh kedai dan [SINI].

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
mira filzahswarovsi mira filzahSwarovskiswarovski raya 2023
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara