Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Miss Mexico Fátima Bosch vs. Nawat Itsaragrisil: Apa Kes Sampai Kena Panggil ‘Dump’?

by Phic ARMAN
November 5, 2025
Share on Facebook

Kecoh dunia ratu cantik! Menjelang pertandingan Miss Universe 2025 yang bakal berlangsung di Thailand, satu insiden panas berlaku antara wakil Mexico, Fátima Bosch (26 tahun) dan pengarah pertandingan dari Thailand, Nawat Itsaragrisil.

Semua bermula masa majlis secara langsung (live sashing ceremony) pada 4 November. Dalam acara tu, Nawat yang juga Naib Presiden Miss Universe bagi rantau Asia-Oceania  tiba-tiba memarahi Fátima di depan ramai orang sebab dia tak hadir ke sesi penggambaran dengan penaja.

Tapi yang buat ramai terkejut, Nawat terlepas cakap dan panggil Fátima “bodoh” (dumb) masa tengah live! Fátima yang jelas terkejut terus bangun dan keluar dari majlis, diikuti beberapa peserta lain termasuk Miss Universe 2024, Victoria Kjær Theilvig sebagai tanda protes.

@pageant.liveph

LATEST ISSUE MGA ACCLA! #missuniverse #missuniversethailand2025 #ToTheUniverse #missmexico #nawat

♬ original sound – pageant.liveph – pageant.liveph

Selepas kejadian jadi viral, Nawat buat live stream untuk minta maaf, katanya:

“Kalau ada yang rasa tak selesa atau terasa hati, saya minta maaf… terutamanya kepada 75 peserta yang hadir.”

Tapi Fátima tetap kecewa. Dalam satu temu bual, dia kata,

“Saya suka Thailand, tapi apa yang pengarah tu buat memang tak hormat. Dia panggil saya bodoh sebab ada masalah dalaman dengan pihak organisasi.”

Pihak Miss Universe Organisation (MUO) pun keluarkan kenyataan rasmi,  mereka tekankan tentang pentingnya hormat dan suasana inklusif, tapi langsung tak sebut nama Nawat.

@pageant.liveph

LATEST CHIKA! MISS MEXICO WALKED OUT DURING THE SASHING CEREMONY #missuniverse #missuniversethailand2025 #ToTheUniverse

♬ original sound – pageant.liveph – pageant.liveph

Walaupun dah dimalukan depan ramai, Fátima tetap nekad nak teruskan perjuangan di Miss Universe 2025 pada 21 November ini di Thailand. Katanya dengan penuh semangat:

“Tak ada siapa boleh buat saya rasa kecil.”

Drama panas ni memang buat ramai terkejut, tapi ramai juga puji keberanian Fátima yang tetap kuat dan profesional walaupun dihina depan dunia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Fátima BoschNawat Itsaragrisil
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara